Adam in Caerdyd Part Two

Assalamualaikum semua!!

Kesinambungan cerita kami sekeluarga di Cardiff, Wales. Kalau sebelum ni Adam cerita kami jejalan di Queen Street, hari ni Adam nak cerita plak kami pergi berjalan ke Cardiff Bay. Cardiff Bay ni terletak lebih kurang 3 kilometer selatan dari bandar Cardiff. Disebabkan jauh dan kami pun malas nak buat badan kami berbau wangi seperti abang bangla cleaner ofis daddy di awal hari, maka kami membuat keputusan untuk naik bas je ke sana. 



Silalah tatap gambar kami menuju ke bus stop dan juga gambar gedik kami sekeluarga atas bas. Bas-bas di Cardiff ni best, mesra alam kat family dan juga orang kurang upaya (OKU). Sebabnya? Ruang aisle dia lebar dan juga ada ruang khas disediakan untuk baby stroller dan juga wheelchair. Bila masa nak board bas pun, dia boleh senget sket untuk bagi ngam-ngam ketinggian pintu masuk bas dengan ketinggian curb bus stop tu. So tak payah la nak angkut stroller naik bas, tolak je sampai tempat duduk. Sangat mudah!! Kat Malaysia ada ke bas macam tu sekarang? Entah lah, Adam tak pernah pun naik bas. Mummy dan Daddy tak pernah bawak pun naik kat Malaysia.



Sampai je kat Cardiff Bay, memang suasana heboh. Rupanya ada Karnival Sure Heboh gak berlangsung hari tu, cuma namanya takde la Sure Heboh tapi Cardiff Festival. Banyak gerai-gerai makanan dan juga street performance yang berlangsung hari tu, especially di depan Wales Millenium Centre dan juga di perkarangan open air Roald Dahl Plas. Bau makanan yang semerbak tu memang menggiurkan air liur Daddy tapi sayang! Bukannya kompom status halal kat situ. Yang ada pun cuma satu je gerai yang jual kebab. Yang lain semua jual makanan omputeh yang tah hapa-hapa. Nak beli kebab pun beratur panjang, alamatnya Adam ambil gambar je abang jaga gerai kebab tu. Kacak jugak! Ada ke sesiapa nak hantar application jadi awek dia? Kompom kenyang makan kebab hari-hari, hihihi!

Nota kaki: Roald Dahl Plas tu adalah sempena menghormati novelis jati Wales, Roald Dahl yang menulis cerita seperti Charlie and the Chocolate Factory dan Fantastic Mr Fox.




Adam suka jalan-jalan kat Cardiff Bay ni. Banyak bangunan cantik-cantik ada di samping juga dapat jamu mata melihat bot-bot yang ada di tepi jeti. Kena pulak, dengan adanya festival berlangsung pada hari tu, seluruh kawasan Roald Dahl Plas tu dah jadi macam cerita fairytale je rasanya. Ada funfair dan ada jugak street performance macam Chef Mario and his dancing Potatoes kat gambar atas. Memang sangat cute okey tengok ubi-ubi tu menari-nari berserta alunan muzik yang girang. Hihi! Senyum Adam tengok gelagat diorang tu.


Dah penat kami ronda-ronda, kami sekeluarga pun nak balik. Posing dulu depan Wales Millenium Centre. Tah hapa dia tulis kat atas tu, Adam tak tau baca. Then again, bila masa Adam pandai baca? Adam kan kecik lagi, hihi!

Okey jumpa di entri seterusnya...

Daaa~

Adam in Caerdyd Part One

Assalamualaikum semua!!

Uish, punyalah lama Adam tak update blog ni, sampaikan dah naik hutan rimba kat blog ni haa. Harap maaf, sebab dah lama menyepi. Dari ada loyal follower, sampaikan dah ada loyal hantu je yang hinggap kat blog Adam. Lol...

Tapi takpe. Berbekal dgn tekad dan azam baru, Adam akan kembali menulis seperti dahulu. Tapi kalau rasa macam kurang best berbanding dengan post dulu tu, kira biasalah. Dah lama berhenti kan, sure ada lari tune sikit. Enjin kereta kebal pun kalau dah lama tak start, berkarat. *Start dah melalut*

Anyhow, untuk entry kali ni, nah Adam dgn rasa tak malunya menyambung kembali cerita kami sekeluarga pergi ke Cardiff pada tahun 2010. Yer, memang cerita dah basi tapi Adam nak gak cerita kasi korang jeles tahu sambungan trip kami hari tu. Hihi!


Gambar-gambar yang ditepek kali ni adalah gambar kami sekeluarga di Queen Street, Cardiff. Queen Street ni kira macam Pavillion atau Bukit Bintang la kalau kat Malaysia ni. Banyak kedai-kedai yang menjadi kegilaan para wanita terletak di Queen Street ni contohnya seperti Topshop, Zara, Laura Ashley dan lain-lain. Tapi bezanya, kat sini semua orang jalan kaki je. Kereta semua parking kat luar. So memang rasa enjoy sangat kalau kita jalan kaki santai sambil sambil cuci mata tengok kedai yang beraneka ada di sini. Cuci mata je, kalau cuci wallet, alamatnya Daddy balik Malaysia kena hambat dengan Ah Long berlesen je la nanti.



Queen Street ni memang best. Kiranya dia menjadi pusat tarikan pengunjung yang datang ke Cardiff City ni. Korang orang Malaysia lagilah harus melawat. Maklum lah, kelab bola sepak Cardiff City F.C kan dulu pernah diterajui oleh orang Malaysia. Datuk Chan Tien Ghee kot kalau tak silap. Entah, Adam duduk je Cardiff dulu dengan Mummy, tapi Adam support Liverpool macam Daddy. Haha!


Ini pulak gambar kami depan Faculty Mummy di Cardiff University. Sorry ye, tak de gambar long shot Faculty Engineering ni atau dalam bahasa Welsh nya PEIRIANNEG (berbelit lidah nak sebut). Tangan Adam masa ni kecik je, tak larat nak pegang kamera Mummy lama-lama nak ambil shot bagai kat situ. Lagipun hari tu hari Ahad, fakulti tu tutup. Jadilah ambil gambar depan bangunan tu saja. Lokasi dia terletak betul-betul dekat dengan Queen Street. Jadi adalah menjadi satu kemestian Mummy pergi shopping dulu bila Mummy habis kelas setiap hari masa Mummy belajar. * "padan la berbundut-bundut kotak Mummy bawak balik Malaysia hari tu", ujar Daddy...lol! *


Seterusnya kami pertontonkan aksi gedik kami di depan Cardiff Castle. Cardiff Castle ni best tau! Banyak aktiviti menarik depa anjurkan kat sini seperti jousting dan medieval play reenactment. Korang tanya apa dia jousting tu? Dia kira ala2 macam dalam cerita Merlin kat TV3 tu, yang korang naik kuda, lepas tu lawan cucuk2 pakai kayu panjang tu. Haha! Sekitar castle ni pun cantik dengan hamparan rumput menghijau dan pokok bunga yang sangat lah chantek. Kalau musim panas, memang normal la kalau warga kota Cardiff ni duk melepak baring-baring sekitar kawasan castle ni sunbathing. Kesian betul depa ni. Jarang sekali dapat menikmati cuaca panas sebab selalunya cuaca kat Cardiff ni suram dan kelam disusuli dengan hujan renyai-renyai. Daddy kata macam kat Gotham City pun ada, haha!


Ini gambar kami nak balik rumah Uncle Yusuf dan Auntie Sue setelah penat berjimba-jimba di bandar Cardiff. Kalau sapa yang dah lupa siapa Uncle Yusuf dan Auntie Sue ni, boleh korang baca balek kat sini. Masa ni ada event kat Millenium Stadium ni, tu pasal dalam gambar Adam tepek ni ada ramai orang keluar stadium. Kalau tak silap ada perlawanan ragbi kot masa tu. Orang Cardiff memang fanatik habis kat ragbi sebab team ragbi Wales kuat, tak macam team bola Cardiff City depa haha! Ooo tapi tu dulu, sekarang Cardiff City punya jersi pun dah mahal sebab dah penah masuk Premier League Barclays. Dulu murah jer, adalah tak sampai sepuluh pound kut untuk sehelai jersi bola haha!

Okey enough for today. Sambung esok plak for the next adventures of ADAM RAYYAN!!!

Daaaa~


Entri tanpa gambar: Cerita Daddy di pagi raya 2010

Assalamualaikum semua!!

Entri pendek kali ni. Adam nak cerita pasal Daddy di pagi raya.

Pagi tu kan, pagi raya. Abahtuk pagi-pagi lagi dah pergi ke masjid, takbir raya pastu nak semayang raya. Daddy pulak Adam tengok masih lagi pakai towel sambil kunyah-kunyah lemang dengan rendang ayam Maktuk masak. Jam pukul 8.30 pagi. Adam tanya kat Daddy, Daddy tanak pegi semayang raya ke, Daddy? 

Daddy: relaks ler... semayang raya lambat lagi setat. abes bekfast Daddy pegi la *nyam nyam!*

Tiba-tiba sayup-sayup dengar orang dah setat semayang raya. *rumah Abahtuk dekat je dengan masjid* Daddy cepat-cepat pergi siap pakai baju Melayu satu set kaler merah Gong Xi Fa Cai yang Mummy beli. Mulut pun ada lagi lemang tengah kunyah. Habis pakai baju, start kereta, Daddy drive pergi masjid.

Adam dengan Mummy tengok cerita raya kat TV. Tak sampai 5 minit, tengok Daddy dah balik rumah. Aiks? Cepatnya semayang raya? Mana Abahtuk?

Daddy: nak semayang amendenye... sampai tempat parking dah bunyi "Assalamualaikum warah matullah..." patah balik rumah la jawabnya. :p

Begitula cerita Daddy yang tak dapat semayang raya tahun ni. Korang semua sila amik pengajaran dari cerita ringkas ni. Sekian, dari Adam. Daaa~

Keluarga angkat Adam di Cardiff

Assalamualaikum semua!!

Lama betul Adam tak update belog. Rasanya inilah period yang paling lama tak update. Mesti yang loyal reader pun dah  tak kuasa dah menyinggah, asyik tengok cerita basi je gyaahaha! So sorry lah. Adam akan cuba ubah sikap jadi rajin balik update belog. Bukan apa, kekadang nak update belog kena edit gambar dulu, malas la plak. Nak buat entri takde gambar, tak best plak korang baca. Adam sendiri pun rasa tak best nak tulis. Takpela, doa je lah Adam jadi rajin update belog okeh kengkawan?

Kali ni Adam nak share gambar satu keluarga special bagi Adam. Family Uncle Yusof dan Auntie Sue. Masa kami sekeluarga pergi ke Cardiff hari tu untuk hadiri graduation Mommy, family Uncle Yusof dan Auntie Sue telah bermurah hati menumpangkan Adam, Daddy dan Mommy. Alhamdulillah, walaupun kami tak pernah kenal atau bersua muka sebelum ni, tapi hospitality yang ditunjukkan oleh Uncle dan Auntie sekeluarga cukup mengharukan kami satu famili. Rasa cam dah kenal lama je, padahal kenal pun dalam email sebelum ni.


Ni gambar Adam, Uncle Yusof, Auntie Sue dan Mommy. Depa ni semua duduk dekat Cardiff sebab Auntie Sue sambung belajar PhD. PhD bidang apa erm lupa plak. Takpe nanti balik Adam tanya dekat Mommy. Uncle dan Auntie ada 5 orang anak, semuanya anak dara. Cun woo! Speaking England lagi tu!! Adam suka dengar depa cakap omputeh. Dah tak ubah macam Victoria Beckham cakap. Adam pun nak cakap macam tulah bila Adam besar nanti. Tapi, walaupun depa cakap omputeh terer, tapi bila cakap melayu trus automatik jadi slang Terengganu. Hihihi...kelakar betol.


Ni gambar Along, Angah dengan Yaya sama Adam. Gambar amik masa first day Adam sampai rumah Uncle Yusof dan Auntie Sue. Along dan Angah tu kiranya dah masuk sekolah sekolah menengah kalau kat Malaysia. Kakak yaya tu sekolah rendah lagi. Punyalah happy Adam tak pasal-pasal jer dapat kakak ramai. Best betul dapat main dengan kakak-kakak semua.


Ni pulak gambar the rest of anak Auntie Sue. *tak pasal-pasal speaking english grammar terabur*  Dari kiri, kak Yaya lagi sebab dia suka amik gambar, Mommy, Adam, kak Ika, kak Maryam dan Auntie Sue. Gambar amik lepas morning breakfast. Kak Maryam tu kiut sesangat. Umur baru 4 tahun tapi dah pandai nyanyi lagu Justin Bieber yang baby baby baby tu. Haaa... rugi betol tak suruh Daddy rakam. So sweet!

Kami duduk rumah Auntie Sue ni sekejap je pun, adalah dalam 4 hari je. Pasal Abahtuk ada pesan dulu kalau duduk rumah orang jangan lama-lama. Mengganggu privacy orang dan kesian kat tuan rumah terpaksa layan kita sebagai tetamu lama-lama. Tapi Auntie Sue dan Uncle Yusof memang tuan rumah yang terbaik!! Adam tengok Daddy makan masakan Auntie Sue, ya Allah! Semangat!! Ada pulak tu masak BBQ kambing dan ayam lagi. Lagilah semangat Daddy makan gyahaha! Pastu pulak Uncle Yusof bawak kitaorang jalan-jalan pergi car boot sale kat Sully. Best byk benda ada jual kat car boot tu. Tapi itu Adam cerita lain entri lah. 

To Uncle Yusof and Auntie Sue sekeluarga, Adam mewakili Daddy dan Mommy nak merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas hospitality Uncle dan Auntie kepada kami. Allah saja yang dapat balas budi baik Uncle dan Auntie. Nanti balik Malaysia bagitau ye? Adam standby jemput kat KLIA.

Daaa~


Tolong!! Ikan JAWS beso nak makan Adam!!

Assalamualaikum semua!!


Korang semua! Gerun tak tengok ikan jaws besar cengginih? Besar gila kan? Hua hua hua. Korang semua jangan panik yap. Adam bukan nya ada dekat aquarium Seaworld kat London tu. Haha, memang tak sempat pergi pun tempat tu. Masa banyak dihabiskan berjalan-jalan mencari barang sale yang konon-kononnya murah dekat London. Gambar ni Adam ambik dekat airport lagi pun. Gambar iklan National Geographic Channel. Gambar iklan punya besar, tapi tang tulis National Geographic tu cenonet je tulis. Memang tak nampak dalam gambar ni. Gambar iklan besar sesangat sampaikan penuh satu dinding airport.


Nih angle lain Daddy ambik gambar Adam. Korang mesti boleh perasan Adam tengah gelabah selamba rileks tengok gigi ikan Jaws tu. Korang tau tak yang gigi ikan Jaws ni atau nama sebenar dia dalam MyKad  iaitu Great White Shark akan sentiasa tumbuh ganti baru sepanjang hidup dia? Maknanya sampai tua ganyut pun, ikan Jaws ini akan sentiasa mempunyai senyuman menawan penuh dengan gigi putih melepak. Kalaulah manusia cam tu, mesti semua orang tak heran nak gosok gigi. Ye lah, abis reput, luruh gigi, keluar gigi baru ye dak? Uiish, best giler!! *dah start merepek dah*


Ish Daddy ni, nak gak dia interfrem skali. Yelah, yelah, gi la layan perangai kebudak-budakan Daddy itu. Kang merajuk buruk rupanya. Hihihi! Orait sambung next entri.

Babai!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair