Adam bercerita tentang TIDO

Assalamualaikum semua!

Pagi tadi Adam baru bangun tido, tengok-tengok Daddy tengah siap-siap nak pergi kerja. Kesian Daddy, orang lain hujung minggu duk rumah, tapi Daddy kena pergi kerja pulak. Takpe Daddy, carik rezeki untuk kami sekeluarga okey? Mummy tengah kemas rumah kat bawah, so Adam freelah nak update blog Adam nih. Tapi nak tulis pasal apa ek?
 
Erm, sebabkan baru bangun tido, Adam nak cerita pasal cara-cara nak menidurkan bayi lah. Nak kasi baby tido nih taklah susah mana pun. Sebab semua dulu pun pernah jadi baby kan? Cuba kenang balek macam mana korang semua tido dulu, pastu praktikkan kat baby korang sekarang. Hahahaha... *mula mengarut dah nih*

Okay, kita serius sekarang. Jom kita tengok tip-tip rahsia apa seorang baby nak bagi dia tido. Tips nih semua boleh dipercayai, okey? Sebab tukang taip tips nih pun seorang baby lagi, mestilah betul apa yang Adam tulis kan kan kan?

Tips dan Trick Menidurkan Baby
Tips Pertama. 
Seeloknya tempat tido baby tu lapang dan nyaman. Maknanya, tak adalah barang mainan ke, bantal 2 3 jenis ke, selerak keliling baby tu. Rimas okey? Suasana tempat tido tu pun jangan la panas ataupun sejuk sangat. kiranya just nice je kalau korang pun nak tumpang tido sekali. Pasal pencahayaan, jangan la bubuh tempat tido baby tu sebelah tingkap ke atau tempat cerah. Cuba korang plak tido tempat cerah, sure tak besh tido kan? Gelap sangat pun tak boleh. Nanti susah nak tengok kut-kut apa jadi kat baby nanti.

Tips Kedua.
Tuk Wan pesan, kalau orang dulu-dulu, baby diaorang semua bedung sampai baby tuh enam bulan. Sebabnya, baby nih kan dulu-dulu seronok duduk 9 bulan dalam rahim ibu. Rapat, syok, selamat je rasanya. Kiranya kalau baby nih kena bedung, konon-konon macam stimulate keadaan baby dalam rahim ibu dulu lah. Lagi satu, Abahtuk tambah, baby nih masa kecik, senang terkejut. Bila terkejut tu, mula lah tangan kaki semua naik macam nak berkungfu je. Kalau kena bedung, baby takdelah bebas sangat kaki tangan dia tu. Jadi peratusan baby nak terjaga lepas terkejut tu kuranglah.
Tips Ketiga.
Kadang-kadang, baby nih perut dia tak selesa. Maklumlah, perut masuk angin selalu. Kami nih golongan baby bukannya makan nasi, okey? Minum susu je 24 jam. Mestila selalu masuk angin. Cuba korang semua minum air je sehari suntuk, mesti rasa angin je perut kan? Mula lah nak lepaskan angin kus-kus tu haha! Kalau baby tu nampak tak selesa je tido terlentang, cuba sapukan minyak Telon ke, minyak Yu Yee Cap Limau ke kat perut dan tapak kaki baby, pastu bagi baby tido meniarap. Adam dengan murah hati telah memberi demo seperti gambar kat bawah nih. Mesti tido nyenyak punyalah. Tapi, kaum ibubapa harus waspada ya. Takut-takut baby tu lemas plak tido macam nih. Pastikan hidung dan mulut baby tu tak tertutup masa baby tu kalih-kalih kepala dia masa tido.
Tips Keempat.
Sebolehnya, cuba create satu rutin untuk kasi baby tu tido dengan aman. Contohnya dekat-dekat masa nak tido kan, dodoi-dodoi baby tuh dengan zikir ker, selawat ker, pasang muzik slow ker, mana mana lah yang korang rasa sesuai. Kalau Adam sekarang, Daddy dengan Mummy selalu lap bersihkan badan Adam, tukar pampers Adam, kemudian dodoikan Adam dengan zikir dan selawat. Bila Adam dah mata pun macam tak larat nak bukak, Mummy dan Daddy letak lah Adam dengan bantal peluk atas baby cot tu. Alhamdulillah, Adam tido lena malam-malam sampai subuh.
Erm, rasa cukup kut tips untuk kali ni. Cerita pasal tido ni buatkan Adam rasa mengantuk pulak. Nangis sket nak kasi Mummy tau Adam nak susu lah. Hehehe. Orait, dah dengar tapak kaki Mummy naik ke bilik. Bye semua! ZZZzzz...

3 comments:

  1. hey hey.. Adam mmg seorang yang cute!
    *wah, masuk lif tekan butang sindri nampak*

    ReplyDelete
  2. alo lo..comelnyerrr..macam2 gaya adam tydow.bergaya sunggoh.comellah..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair