Adam dan Dato' Doktor Siti Zaliha Zainal

Assalamualaikum semua!

Hari ni Adam nak kongsi dengan semua gambar Adam dengan doktor Mummy.  Doktor Mummy nih nama dia Dato' Dr. Siti Zaliha Zainal. Tapi, kami semua panggil Doktor Siti aje. Doktor Siti nih pakar dalam bidang Obstetrics dan Gynaecology. Fuh, berbelit lidah Adam nak sebut.
Tapi, kalau dalam Bahasa Melayu, Doktor Siti nih Doktor Pakar Sakit Puan lah. Doktor Siti ni kerja dekat  Sime Darby Medical Centre dekat Subang Jaya. Mummy kata sepanjang Mummy peknen, Mummy pergi jumpa Doktor Siti lah untuk buat check up. Tapi, orang yang buat appointment dengan Doktor Siti ni ramai sangat. Jadi selalunya, Mummy dengan Daddy datang pagi-pagi ambil nombor giliran je dulu. Lepas tu meronda mana-mana dekat Subang Jaya. Dalam petang sikit, baru la datang buat check up.
Macam mana? Cantik kan Doktor Siti nih? Mummy kata Doktor Siti nih pandai bergaya. Baju Doktor Siti pun semuanya cantik-cantik, mahal-mahal. Dulu ingatkan doktor-doktor nih asyik pakai baju lab coat dengan steteskop aje.Tapi Doktor Siti nih pakai macam nak pegi jalan-jalan je Adam tengok. I like it!


Ni pulak gambar Doktor Siti, Mummy, Daddy dan Adam masa Mummy pergi final check up lepas Mummy bersalin. Terima kasih Doktor Siti sebab jaga Mummy dan Adam sepanjang Mummy mengandungkan Adam dulu. InsyaAllah, kalau ada rezeki Adam ada adik nanti, kami satu family datang buat check up dengan Doktor Siti lagi. 

Ini link profil Doktor Siti dekat laman sesawang (laman sesawang??!! LOL!) Sime Darby Medical Centre. Kepada ibu-ibu yang mengandung, Adam rekomen pergi buat check up dengan Doktor Siti. InsyaAllah mesti puas hati punya lah. Doktor Siti, Adam tolong promote nih, ada dapat komisen tak? Hehehe...

4 comments:

  1. kalau tak bca mesti ingatkan adam amik gambar ngan nanny dia:P hehhehe

    ReplyDelete
  2. apa la auntie wanie nih.. LOL!
    jgn main2.. handbag dia LV tu.. wow!

    ReplyDelete
  3. boleh tny...1st appointment dgn dr. siti berapa charge?u bersalin normal ke czer, brp ye pakej?thank mummy adam

    ReplyDelete
  4. Yes.. aunty agree aper yg mummy adam post kat atas tu.. aunty from 1st child sampai lah the last one (3rd) mmg dgn Dr. Siti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair