,

Adam dapat award?

Assalamualaikum, semua!

Wah, baru jer Adam berkecimpung dalam dunia blog nih, dah ada orang bermurah hati nak kasi award sama Adam. Terima kasih, Auntie Sue! Moga Auntie Sue bertambah cantek, kaya, vogue, murah rezeki, muda.. eh silap! awet muda lah (mana ada orang jadi makin muda ye tak?) dan sebagainya.

Tapi ada silap la, Auntie Sue. Award ni untuk orang beautiful saja lah. Adam nih baby boy. Mana boleh panggil beautiful. Tak macho lah!! Tapi takpe, orang dah nak bagi, Adam terima seadanya. Tapi kena tulis 7 benda pasal diri sendiri plak. Hadui, kalau bagi free-free takleh ker, Auntie Sue?  Hahaha... Okey, 7 perkara pasal diri Adam. Chekidout!
  1. Adam ni anak sulung Daddy dan Mummy. Sebelum nih, Daddy dan Mummy bercinta je 4 tahun. Bukan planning nak dapat baby, kata Daddy. Takde rezeki je sebelum tu.
  2. Birthday Adam ni sama dengan birthday Tok Ki. Kalau ikutkan kiraan Doktor Siti dulu, Adam sepatutnya lahir pada 29 atau 30 Disember 2009. Tapi, Mummy dok hari-hari pesan kat Adam masa Adam dalam perut dulu, suruh lahir pada 24 Disember 2009. Tu, yang Adam lahir sama birthday dengan Tok Ki.
  3. Mummy belikan Adam susu Enfa. Sebab? Sebab susu tu paling mahal sekali haha! Mummy kata susu mahal dah mestilah susu tu bagus. Sama macam handbag Louis Vuitton yang semua orang nak beli tu. Mahal-mahal pun orang beli kan? Daddy kata kalau Adam minum susu Enfa, nanti mesti Adam boleh main piano. Sila tengok iklan susu Enfa kat tv yer kalau-kalau tak faham.
  4. Adam setakat ni memang mesra alam dengan orang lain. Bagi je Adam kat sapa-sapa pun, insyaAllah Adam takde pun nak nangis-nangis takut. Lagipun, Mummy pesan jangan sombong dengan orang lain. Nanti orang suka dekat Adam, banyak la duit raya Adam nanti hehehe..
  5. Hobi Adam setakat nih ialah TIDO. Ya, baby sedang membesar sudah semestinya kuat tido kan? Barulah membesar dengan sihat. Jangan membesar di perut saja sudah.
  6. Doktor Sanjay, doktor Adam kata Adam nih baby BESAR. Kalau ikut graf Doktor Sanjay tu, perkembangan Adam ni dah hampir-hampir je keluar sempadan belah atas. Mummy pun kata baby kawan Mummy yang lain sama baya dengan Adam kecik cenonet je lagi. Adam ni, letak atas couch depan tv pun dah nak terjuntai dah kaki.
  7. Setakat nih, Adam baru ada 1 jer mainan iaitu En Singa gedik-gedik. Nanti Adam cerita lagi pasal En Singa ni dalam entri akan datang.
Okay, penat taip sudah. Nak tag orang pun, Adam rasa semua rakan blogger lain dah ada kut award ni. Kalau takde, sila bagitau dalam ruang komen okey? Nanti Adam suh korang wat gak untuk dapat award ni. Right! Nap time! Bye semua!

7 comments:

  1. adam, susu enfa mmg baguihhhhh !!

    anak buah antie wani sangat bijakkkk umur 2tahun dah pandai bercakap :) siap pandai suruh mak dia call antie dia hehehe

    ReplyDelete
  2. owh yeah! tapi harga dia, ya ampun!!
    sebulan 3 tin.. sob sob! abes gaji..

    ReplyDelete
  3. bukan tk mau update.. tk best tk de pix.. camera rosak... mr. suparman tk beri kemenangan kpd saya.. tunggule if dpt hadiah camera digital... ;) (shoutmix tk muncul)

    ReplyDelete
  4. bestnye dapat award.. tahniah ya kawan.

    ReplyDelete
  5. sama lah.. yg termahal adalah yg terbaik.. tp najmi x nk minum.. dia lebih suka susu mama dia.. hehe.. bila dah masuk 1 thn & susu makin kurang, tepaksa gak try beberapa susu lembu & luckyly dia memilih susu yg murah.. hahahahaha...

    ReplyDelete
  6. opss.. terlupa.. thanks ada 4 link auntie sue dlm entry ni..

    ReplyDelete
  7. afayufu,
    update ye.. adam singgah jadi polis trafik

    hafiz,
    owh mekasey, award peringkat daerah je pun haha~

    mek sue,
    promot meksue ni. nanti dpt duit nuff bg duit raya kat adam oke? gegege

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair