, ,

Adam pergi Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum semua!

Hari Khamis lepas, Daddy dah dapat gaji. Yahu!! Disebabkan Mummy nak lepaskan dendam makan berpantang dulu kami bertiga dah lama tak makan luar, Mummy cadangkan kami semua pergi makan dekat Kenny Rogers Roasters di IOI Mall Puchong. Daddy pun laju je setuju sebelum Mummy terpikir nak pergi makan tempat lain yang lagi mahal. 



Kelihatan Mummy sedang khusyuk menelaah menu Kenny Rogers Roasters untuk memenuhi citarasa kalbu. Adam pulak isap jari je sebab Adam mana boleh makan pun lagi. Gambar jejaka misteri yang berkilauan kelihatan berada di cermin belakang Mummy. Mungkinkah ada paparazi yang mengekori Adam? Haaa perasan sket...
Perbualan antara anak dan ibu yang berbunyi lebih kurang cam nih:
Mummy: Alalalala siannya anak Mummy ni takleh makan ayam Kenny Rogers.

Adam: Takpe, balek karang Mummy kasi Adam susu badan perisa Kenny Rogers ya?
Makanan sudah sampai! Favourite Daddy tuh Macaroni and Cheese. Daddy nih suka betol makan cheese. Tapi badan tak besar-besar jugak. Hehehehe..

Gambar Mummy tersenyum riang selepas makan. Adam tumpang ambil bau je. By the way, chumel tak topi saya itu? Topi Mickey lagi tu. Kena pakai topi tidak nanti orang cakap muka cam Bert Sesame Street lagi. So not chumel itu Bert, okey? Sila refer entri ni untuk tau cerita pasal Adam dan Bert.
Gambar Daddy ataupun tukang bayar makan malam itu. Daddy khusyuk makan dah tak tengok kiri kanan dah. Jangan lupa baca Bismillah ya Daddy? Kang tersedak pulak karang. 

Begitulah cerita Adam sekeluarga pergi Kenny Rogers. Alhamdulillah semua puas makan ayam malam tu. Harga pun agak murah, makanan pun sedap. Nanti bila Adam dah besar dan dah ada gigi, Adam nak ajak Daddy pergi lagi la..

9 comments:

  1. adammmm..ckp ngn mami, sampai ati pi makan kat KR tak ajak antie wani huhuhu

    nangesss

    ReplyDelete
  2. helo... auntie wanie bukan ada dating beso ke nanti? kitaorg nak ikut plak wahahaha.

    suwoh pak laboo blanje

    ReplyDelete
  3. ini ke adam yg mcm dingdong dantes tu? Adam cute!!!

    ReplyDelete
  4. azalina: kalau tak sama pun, lagi kiyut ada la! *wah! prasan lebey situ*

    ReplyDelete
  5. wah sedapnye....nak satu..tapao 4 me ok? LoL XD

    ReplyDelete
  6. hafiz,
    tapao pakai mulut je ke hehe? duwetnye mana?

    ReplyDelete
  7. oooh! kenny.....wawawa...nak jugek! T_T

    ReplyDelete
  8. suka kenny rogers masa pregnen.. hari2 nak mkn.. alang2 dah mengembang kan.. hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair