,

Nak jadi Cabin Crew tak?

Assalamualaikum semua!

Hari ni Adam nak tolong promote sket company tempat Daddy keje.Daddy kata company Daddy ada keluarkan iklan kerja kosong hari ni. Sebagai apa? Sebagai salah seorang tenaga kerja pramugari pramugara di Malaysia Airlines.

Pasal kerja, pemohon-pemohon perlulah prektis senyum selalu depan cermin. Sebab sepanjang waktu kerja diwajibkan senyum kat semua orang. Barulah Malaysian Hospitaliti, hehe. Kalau boleh ada unsur-unsur fotogenik di situ. Apa tu fotogenik? Entahlah, Adam ulang saja apa Daddy cakap kat Adam.

Pasal maklumat lanjut, sila rujuk gambar kat bawah Adam bubuh ni. Pergi interview jangan lupa baca Bismillah okey? Pakaian pun silalah yang senonoh sedikit, jangan pakai macam nak pergi tengok wayang saja. Kang kena suruh balik terus baru tau hihi!

 
Ini pulak iklan dalam Bahasa Melayu pulak, untuk siapa-siapa yang kurang faham gambar iklan atas dalam English. Tapi Adam rasa kalau pemohon-pemohon tu baca English pun tak paham, sila abaikan lah niat murni nak jadi cabin crew ya? Bukan apa, nanti passenger mintak Chicken Chop, dapat air sejuk je karang. Kena marah free-free je nanti hohoho...
Selamat tulis resume semua! Dah dapat kerja, jangan lupa belikan hadiah untuk Adam! Bye!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair