Cerita bermula

Assalamualaikum semua!

Nama penuh saya ialah Muhammad Adam Rayyan bin Mohd Faridz. Saya dilahirkan pada 24 Disember 2009, tepat pada jam 5.31 petang hari Khamis. Maknanya, saya ni secara otomatik berbintang Capricorn atau bayi tahun Lembu mengikut kalendar orang Cina. Tapi, daddy kata jangan amek peduli sangat benda-benda tu. "Benda mengarut je semua tu, yang penting Adam kena tau birthday Adam dalam kalendar Islam", kata daddy.

Erm, so Adam pun cuba bukak website http://prayer.al-islam.com nak periksa tarikh lahir Adam dalam kalendar Islam atau Tahun Hijrah nih berapa. Rupa-rupanya Adam lahir pada 8 Muharam 1431 Tahun Hijrah. Ingat yer semua? Nanti birthday Adam, jangan malu-malu nak wishkan Adam happy birthday atau lagi bagus bagi hadiah atau duit dekat Adam, hehe!

Ok, jom kita bercerita pasal kelahiran Adam. Ini pun Daddy yang ceritakan kat Adam. Pagi subuh 24 Disember tu, tengah Daddy sedap tido, tetiba Mummy dah jerit-jerit cakap darah dah keluar. Daddy pun rasanya masih blur sebab baru je bangun, boleh pulak dengan selambernyer pegi mandi pagi siap shampoo lagi. Mummy dah panik dah sebab dia ingat Adam dah nak keluar sesangat. Dua-dua pun takde pengalaman sebelum ni.

Selepas Daddy siap mekap, maka Daddy and Mummy pun rushing ke Sime Darby Medical Centre kat Subang Jaya. Masuk labour room pukul 0530 pagi, nurse yang datang check Mummy cakap masih awal lagi Adam nak keluar. Masa tuh Mummy still boleh kontrol ayu lagi. Sila lihat gambar Mummy, masih boleh posing gitu.

Masuk jam 1200 tengah hari, Mummy dah start sakit perut dah. Dah ada 'Contractions' kalau dalam English. Daddy cakap, Mummy dah tak larat senyum dah. Ada bunyi mesin kira contraction Mummy bunyi 'toot toot toot' setiap lima minit. Mummy kata sampai sekarang Mummy takut nak dengar bunyi tu. Nurse pun dah cucuk air  IV kat tangan Mummy. Sian Adam tengok gambar Mummy.
Mummy tahan sakit sampai petang. Sepanjang tempoh tuh, Daddy duk bagi GAS je kat Mummy nak kasi tahan sakit. Nampak tak topeng GAS gantung atas kepala Mummy tu? Mula-mulanya, Daddy dah macam nak kasi izin doktor bagi EPIDURAL kat Mummy sebab Mummy cakap dah tak tahan sangat dah. Tapi doktor yang pakar bagi EPIDURAL tu boleh pulak ada operation masa tu. Nak tak nak, Mummy terpaksa je lah tahan pakai topeng GAS tu sampai Adam lahir.

Tepat jam 1731 petang, maka selamatlah Adam lahir ke dunia ini dengan disambut oleh Dato Dr Siti Zaliha, Daddy dan 2 orang nurse (kak Nani dengan kak  Oi). Daddy kata Daddy sendiri yang potong tali pusat Adam. Entah, Adam tak ingat pun. Adam kan kecik lagi mana la nak ingat btol tak? Hehe. Gambar lahir ada banyak tapi banyak yg tak edit lagi sebab nampak 'bird bird' Adam. Malulah! Tgk gambar bawah nih je dulu okay?
Mummy cakap hilang terus rasa sakit bila tengok Adam senyum kat Mummy bila nurse bagi Mummy dukung Adam buat pertama kalinya.


Okaylah semua. Daddy ajak keluar makan breakfast dekat McDonalds. Sedapnya!! Tapi, Adam amek bau ajelah sebab Adam tak boleh makan lagi. Nanti dah ada gigi, baru Adam makan sama-sama Daddy dengan Mummy. Jumpa lagi!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair