Doa mendapatkan zuriat

Assalamualaikum semua!


Hari ni Adam nak kongsi dengan semua 2 doa yang Mummy dan Daddy amalkan sebelum Mummy dan Daddy dapat Adam. Kalau semua nak tau, Mummy dan Daddy ni dah lama tunggu nak dapatkan Adam. Dekat-dekat 4 tahun jugak lah sebelum Mummy mengandungkan Adam. Mummy kata Daddy asyik rasa nak nangis je tengok anak orang lain.

Alhamdulillah, Mummy dengan Daddy tak pernah putus asa berdoa kepada Allah semoga dikurniakan zuriat yang soleh atau solehah. Tambah pulak dengan berkat doa Maktuk dan Toknek Adam masa Maktuk dengan TokNek pegi umrah tahun lepas, Mummy disahkan mengandung Adam pada bulan Apr 2009. Yahuu!!

Oklah, tutup cerita tu. Mesti semua nak tau kan doa yang Mummy dan Daddy amalkan dulu. Doa dia ada 2. Yang pertama, dari Surah Al-Saffat ayat 100:


سُوۡرَةُ الصَّافات

رَبِّ هَبۡ لِى مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ 
Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang-orang yang soleh"

Doa yang kedua pula, dari Surah Ali-Imran ayat 38:

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ

Maksudnya:"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar(menerima) doa"

Mummy pesan kalau nak dapatkan zuriat, banyakkanlah membaca doa-doa atas ni sambil berbaik sangka dengan Allah. Mummy kata Allah kadang-kadang nak uji manusia, so kalau tak dapat lagi tuh jangan putus asa atau give up, okey? Kalau boleh, banyakkan jugak amalan sedekah, puasa sunat ataupun buat solat hajat. Ecececece, Adam nih dah bunyi macam ustaz pulak. Okay la semua. Adam berhenti sini dulu ya? Dah lewat lah, Mummy suruh tutup laptop dengan pergi tido. Adam tak nak lawan cakap Mummy, nanti Mummy marah dekat Adam.


P.S: Doa tu semua boleh dapat dari buku Mummy beli, tajuk dia "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran" oleh Ustaz Hj Zahazan Mohamed. Pergi beli ya buku ni? Bagus tau...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair