Entri untuk Mummy

Assalamualaikum semua!

Daddy kata hari ni, 8 March 2010 ialah Hari Wanita Sedunia. Maksudnya, satu dunia sambut tentang kejayaan yang dibuat oleh para wanita dari segi ekonomi, politik atau sosial. Adam angguk kepala saja sebab Adam pun bukannya faham sangat apa Daddy cakap, haha! Adam kan kecik lagi, lagipun manalah Adam tau apa benda politik, sosial semua tu. 

Sebut pasal wanita ni, Adam nak kongsi dengan semua cerita pasal seorang wanita yang sangat istimewa  bagi Adam. Nak tau siapa dia? Orang tu tak lain tak bukan, Mummy Adam lah!!! Mummy Adam ni nama dia Mardiana, tapi Adam selalu dengar orang panggil Mummy dengan nama Diana aje. Daddy kata ada Cina dekat Sungai Petani dulu pernah tersasul panggil Mummy dengan nama MADONNA. Hehe, kelakar betul kalau dipikirkan nama Mummy jadi MADONNA. Glamer abes..


Inilah gambar Mummy Adam. Gambar nih Mummy ambil masa Mummy sambung belajar dekat Cardiff, Wales tahun 2009. Cantik kan Mummy? Mestilah cantik sebab Adam pun hensem.


Ini lagi satu gambar Mummy masa belajar sana. Mummy kata masa ni Mummy on the way balik rumah sewa dari lecture dekat universiti. Adam suka tengok gambar Mummy yang nih. Vogue habislah Mummy. Patutlah Daddy boleh jatuh cinta dengan Mummy dulu.

Haa yang ini gambar Adam dalam perut Mummy. Boleh ke nampak Adam dalam perut Mummy tu? Daddy cakap masa nih Mummy dah mengandungkan Adam 9 bulan dah. Tunggu masa je tu Adam nak keluar. So, Mummy dan Daddy ambil gambar ni pasal nak tunjuk kat Adam macam mana Mummy mengandungkan Adam dulu. Mummy kata Adam budak baik. Masa mengandung, Adam tak ada pun buat Mummy rasa tak selesa. Terima kasih Mummy sebab jaga Adam selama 9 bulan Adam dalam perut Mummy.
Taraaa! Ini gambar terbaru Adam dengan Mummy. Rasa-rasa muka Adam nih serupa dengan Mummy tak? Ramai orang cakap muka Adam memang ikut iras Mummy. Hehe, kesian Daddy. Takpe, ikut muka siapa pun, Adam tetap anak Mummy dan Daddy. Dua-dua pun Adam sayang. Tapi untuk entri kali ni, biar Adam cerita pasal Mummy je dulu yer? Daddy punya turn lain hari pulak Adam buat.

Okay lah semua. Adam dah mengantuk nih. Nak pergi peluk Mummy sambil minum susu, lepas tu nak tidoo! Bye bye semua! Zzzzz...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair