Pengalaman BLUE Adam

Assalamualaikum semua!

Pertama sekali, jangan salah anggap dengan tajuk entri kali ini okay? Adam masih bawah umur jadi para pembaca blog semua jangan takut-takut nak baca blog Adam depan budak kecik ke, kat opis ke atau di tempat-tempat awam. Entri kali ni sangat sedih oke? Nak tau pasal apa? Teruskan membaca...

Malam tadi Adam godek-godek komputer Daddy, konon-konon nak cari idea nak update blog Adam lah. Sekali boleh pulak keluar gambar yang Adam rasa semua orang yang pakai komputer paling tak suka tengok.

Ya! Screen biru yang bisa meruntunkan jiwa seseorang yang melihatnya, atau lebih dikenali sebagai "THE BLUE SCREEN OF DEATH". Aduh! Apa pulak dah jadi ni??!! Adam relaks je, cuba tenangkan fikiran. Restart komputer. Okeh, Windows XP Daddy boleh load. Sukses!!Sekali WiFi adapter komputer Daddy tak boleh detect pulak. Internet tak boleh main. ALAMAK!! Habis la Adam, Daddy tengah tengok tv, dia tak sedar lagi komputer dia Adam dah rosakkan.


Cabut WiFi Adapter Daddy pastu sambung balik. Tak jadi, masih tak detect. Isk! Cabut, pasang balik. Still tak jadi! Adam dah geram!! Try cucuk dekat laptop Mummy. Elok je lampu dia kelip-kelip. Pasang balik kat komputer Daddy, lampu kelip-kelip tapi tak detect. Erm sah dah USB PORT nih dah buat hal.

Nak kena repair USB PORT PC Daddy nih. Meh sini Adam ajar cara camne, oke? Mana tau semua ada pengalaman sama dengan Adam ke.. Oke jom mula!
  1. Klik START, lepas tu klik CONTROL PANELS, klik SYSTEM.
  2. Dekat window SYSTEM tu ada 5 opsyen, klik kat HARDWARE, lepas tu klik Device Manager.
  3. Check dekat Universal Serial Bus Controllers, pas tu double click kat setiap USB port tu.
  4. Ada opsyen untuk UNINSTALL DRIVER, klik UNINSTALL kat setiap USB port tu sampai habes.
  5. Restart balik PC, Windows kemudian akan detect semua hardware baru sambil re-install drivers untuk hardware baru tu. Dalam kes Adam nih, Adam kena bubuh installation CD untuk WiFi Adapter Daddy tu sebab Windows takde.
  6. Baca Bismillah banyak2. Try cucuk apa-apa hardware kat USB port. Siap!! 
Selalunya sampai step 6 nih, USB port tu dah okeh dah. Kalau tak boleh, rasanya  kena upgrade BIOS system plak tapi lecehlah. Adam tak reti sangat nak buat. Susah-susah karang Adam format je terus komputer Daddy. Habes cerita. Tapi rasa-rasanya Daddy perasan tak nanti? Mintak-mintak tak kantoi hehe.

Okey, itu projek Adam petang karang. Sekarang kat rumah Mak Wai, aka babysitter Adam, macam mana nak repair komputer kat rumah, betol tak? Tunggu Daddy khayal tengok tv malam nanti, Adam pelan-pelan pergi komputer Daddy start projek. Doakan Adam berjaya okey?

7 comments:

  1. hehehe.. ko ni pakar kapal terbang ke pakar pc? step2 tu elok di publish kat portal kerajaan negeri sembilan.. ramai user yg report usb rosak, harapkan technican naik.. x mo usaha sendiri..

    ReplyDelete
  2. mek sue.. haha! meh upah Adam repair semua pc gov N9 tu. bley wat duit nih ngeee!! :D

    ReplyDelete
  3. wahahah adammm baguihh nye kecik2 dah boleh buat tutoriallll

    thanks for this !!

    ReplyDelete
  4. hehe glad u like it auntie wanie...
    lepas nih auntie wanie gi repair sindri pc boss mesti boss sayang gler nanti, ;P

    ReplyDelete
  5. wah hebat ni...boleh jadi pakar ict ni..hehehe err ict tu ape pulak eh...

    ReplyDelete
  6. haha, manalah adam tau ict tuh apa...:))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair