Tips Menguruskan Uri Baby

Assalamualaikum semua!


AMARAN!! Entri kali ni mengandungi gambar-gambar berunsurkan 18SG i.e ada gambar darah. Sila pastikan anda bukan seorang yang senang pengsan bila tengok gambar berdarah okey? Kali ni, Adam nak cerita pasal uri baby. Uri baby nih kadang-kadang orang cakap TEMBUNI, ada orang cakap sarung baby, kalau yang speaking English, panggil PLACENTA pulak.

Semua baby lahir dengan uri diorang masing-masing. Kadang-kadang, Daddy kata ada sesetengah family tuh biarkan saja uri baby diorang tu dekat staff hospital, biar staff hospital yang uruskan. Tapi, Daddy kata sebaiknya, eloklah parents baby tu sendiri yang uruskan. Sebabnya, uri tu sebahagian dari darah daging baby tu sendiri. Kiranya uri Adam tuh boleh dikatakan kembar Adam jugaklah.

Ni gambar Nurse Ooi yang tengah pegang uri Adam hanya beberapa minit selepas Adam lahir. Gambar tak jelas sangat sebab masa Daddy nak ambik gambar ni, Nurse Ooi ni semangat pulak nak bawa pergi bungkus.
Taraa!! Gambar closeup uri Adam.Yang putih tu tali pusat Adam. Uri Adam nih TokWan yang ajar macam mana nak cuci. Daddy cakap TokWan suruh cuci dengan air, asam jawa dan garam. Benda nih gunanya untuk buang bau hanyir darah tu. Daddy kata mula-mula tu ada rasa geli jugak, tapi sebabkan kontrol macho, Daddy basuh jugak la. Lepas tu, TokWan suruh Daddy bungkus dengan kain putih elok-elok, pastu bubuh dalam tempurung kelapa. Tujuan dia pulak, nak elakkan ada binatang korek uri tu keluar nanti. Sebabkan Daddy nih moden, tempurung kelapa takde masa tu, Daddy bubuh je dalam raga RM1.80 beli dekat Pasaraya Sakan depan rumah. 

Tempat tanam tu, TokWan suruh tanam depan rumah, konon-konon orang tua-tua cakap, biar cepat laku. Tapi jangan tanam jauh sangat dari kawasan rumah tu. Nanti, budak tu tak ingat kat rumah pulak. Tanah tempat tanam tu kalau boleh biar tanah kering ya? TokWan kata kalau tanah basah tu, nanti takut perut baby boleh kembung pulak. Daddy cakap, ada jugak kawan-kawan Daddy yang tanam bola sama uri, sebab nakkan anak jadi Beckham. Yang kaya sket, tanam laptop dengan uri. Biar anak kaya macam Bill Gates plak, haha!

Apa-apa hal pun, tu semua hanyalah petua orang-orang tua yer. Rasa nak buat, sila buat yep! Jangan sampai taksub pulak sudah, sampai merosakkan akidah kita. Adam tanya Daddy, Daddy tanam apa dengan uri Adam?

Daddy: Daddy tanam model kapal terbang, biar Adam beso nanti jadi pilot, bawak Daddy dengan Mummy jalan-jalan. Hahahaha! 

Daddy pun buat jugak ek? Haiya...

5 comments:

  1. kalau mcm tu, antie wani nak tanam uri anak antie dgn duit lah mesti dia banyak duit nanti hahahah

    ReplyDelete
  2. hoho..adam lagi best dapat kapal terbang trus.ahaks.:)Semoga adam jadi anak yg baik,jgn nakal2 okai.ahaks.:)

    ReplyDelete
  3. kak ina.. kita ikutkan aje. asalkan jgn melampaui batas betol tak? :)

    ReplyDelete
  4. remember when i enter my biology class last year.. haiz.. saya mmg bebal tajuk ini.. lagipun saya tidak suka biology..susah sangat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair