,

Adam cerita pasal Earth Hour dan En Singa Gedik Gedik

Assalamualaikum semua!

Walaupun tajuk dah basi, Adam nak cerita jugak pasal pengalaman Adam masa Earth Hour hari Sabtu hari tu. Earth Hour nih adalah satu kempen kesedaran alam sekitar anjuran WWF. Ala, kalau Adam cerita pun semua dah tau kan? Kiranya kempen nih menggalakkan semua penyokong kempen agar tutup lampu dah juga perkakas-perkakas elektrik yang tak diperlukan selama sejam, dari pukul 8:30 hingga 9:30 malam. Bukan lama pun, sejam je. Tahun lepas, Daddy dan Mummy sambut Earth Hour ni kat KLCC. Daddy kata meriah sangat masa tu. Macam ada pesta pulak. Padahal nak tengok orang tutup lampu je pun haha! Tahun ni kami semua sambut dekat rumah aje. Yelah, Adam kan kecik lagi. Takkan la nak bawak Adam keluar malam-malam kan? Nanti kembung perut Adam kena embun malam hehe.
 
Ni gambar Daddy dengan Adam duduk dalam gelap tepi balkoni bilik Daddy masa Earth Hour. Kitaorang duduk tepi tingkap dengan harapan semua rumah kawasan rumah Adam ni pun tutup lampu jugak macam kami. Hampeh, semuanya terang benderang!! Adam rasa rumah kami je yang beriya-iya tutup lampu. Padanla Tenaga Nasional Berhad kata tahun ni masa Earth Hour, penggunaan elektrik kurang sedikit je pun. Takpe, janji kami sekeluarga sokong kempen Earth Hour ni. Korang semua mesti sokong tau tahun depan! Kesian lah kat Adam bila Adam besar nanti. Sob! Sob!
Ingat tak korang bila Adam cerita Adam ada satu je mainan setakat ni, iaitu En Singa Gedik Gedik? Haa, ni lah dia gambar Adam dengan En Singa Gedik Gedik. Malam Earth Hour tu bukan ada benda nak buat sangat pun. Nak tengok tv pun tak boleh. Jadi Adam pun masuk tidur awal dengan En Singa Gedik Gedik. Encik Singa Gedik Gedik peneman setia Adam masa tidur. Hihihi...

Nak tau kenapa Adam panggil mainan Adam ni En Singa Gedik Gedik? Perasan tak ekor dia? Ekor dia boleh tarik panjang tau. Bila kita tarik ekor dia dan lepas, En Singa Gedik Gedik ni akan mula bergetar-getar sambil menari-nari. Ala-ala gedik gitu haha! Adam suka main dengan En Singa Gedik Gedik. Geli sangat bila Daddy bubuh dia kat perut Adam.

Okay, tu je nak cerita kali ni. Best ke boring entri kali nih? Sila bagi komen yer. Bye!

5 comments:

  1. pandai je adam panggil dia gedik.. ini singa jantan lah!

    singa jantan mana gedik!!

    ReplyDelete
  2. ala ni kan singa adam. lagipun dia memang gedik gedik pun taim getar2 tuh haha~

    ReplyDelete
  3. kat shah alam sume x nk tutup lampu time earth hour

    ReplyDelete
  4. hahaha anak buah wani dulu ada gak patung ni kiutt jadi mak dia dan makcik2 dia yg over mainnnn

    ReplyDelete
  5. @atan, nak wat camne. terpulang nak sapot ke tanak

    @auntie wanie, besh kan singa gedik2 ni hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair