,

Adam cerita pasal MyKID

Assalamualaikum semua!

Adam nak cerita pasal hari Sabtu lepas, ala masa hari Earth Hour hari tu. Tapi Adam bukan nak cerita pasal Earth Hour lagi. Tu simpan untuk entri lain. Ni cerita masa Sabtu siang je. Mummy dan Daddy ada 2 misi hari Sabtu hari tu:

a. pertama, pergi PLAZA MASALAM kat Shah Alam, ambil MyKid Adam.
b. kedua, pergi SDMC kat Subang Jaya, appointment Adam dengan Doktor Sanjay

Awal pagi, singgah SDMC dulu, nak ambil nombor jumpa doktor. Daddy kata sebab ramai orang, kita semua pergi Plaza Masalam dulu ambil MyKid Adam baru datang balik hospital jumpa Doktor Sanjay. Sampai-sampai kat Masalam tu, kitaorang singgah kat Pak Long Kopitiam untuk breakfast. Sedap jugak makan dekat situ. Daddy makan Wantan Noodle Soup, Mummy pulak makan Toast bread jer *diet kut Mummy ni hehe* Sorry ya semua, Adam betul-betul lupa nak ambil gambar makanan kat situ. Seronok sangat hari tu sebab Mummy pakaikan Adam baju cantik. Cuba tengok gambar Adam kat bawah nih. Cantik kan baju Adam? Ada kolar lagi tu...
Siap breakfast kami sekeluarga pun naik ke tingkat 6 untuk ambil MyKid Adam. Daddy cakap kat surat tu kata suruh ambil MyKid pada 15 februari 2010 atau tarikh selepas tu.Daddy pergilah kat kaunter pertanyaan tu tanya kat Pakcik Guard kat kaunter pertanyaan tuh.

Daddy: Pakcik, Saya datang nak ambil Mykid anak saya. Patutnya dah siap bulan Februari hari tu.

Pakcik Guard: Owh, (sambil belek-belek surat Adam) Mykid ni dah siap tapi tak boleh ambil lagi, encik.

Daddy: Aik? Kalau dah siap apsal tak boleh ambik pulak? Surat kata 'Sila ambil pada 15 Februari 2010?' Sekarang dah bulan Mac, patut dah siap apa?

Pakcik Guard: Benda dah siap kat HQ, tapi tak sampai kat Pejabat Shah Alam lagi. *senyum2 kambing*

Daddy: Maknanya tak siap lagi la tu. Penat saya datang jauh-jauh ni nak pergi ambil.Ish...

Pakcik Guard: Eh, encik silap. Benda dah siap tapi cuma tak sampai sini lagi.

Daddy: Ermph, tak siap lagi la tuh. Patutnya bila dah siap, saya boleh datang ambil dan terus balik rumah. Tu baru namanya dah siap.

Pakcik Guard: Tak betul tuh. Encik dah salah faham ni. Benda dah siap tapi tak sampai Shah Alam lagi, tu jer.

Daddy: KALAU DAH SIAP, MAKNANYA SAYA DAH BOLEH AMBIL, DAH BOLEH AMBIK,  PAHAM TAK??!! AWAK NI TAK PAHAM BAHASA MELAYU KE NAK SAYA YANG.. empphh mmppfff!! *Mummy datang tarik Daddy keluar Pejabat JPN*

Jadi, kesimpulannya, Mykid Adam tak siap jugak. Kena la datang balik kat Plaza MASALAM ni bulan depan. Itu pun kalau Mykid Adam dah siap. Haha! Lepas tu Adam pun pergi jumpa Doktor Sanjay untuk kena cucuk dengan buat monthly check up. Tapi cerita tu, Adam cerita lain kali pulak, okey? Penat dah taip. Jari Adam ni kecik je, so nak taip banyak-banyak ni pun dah kira pecah rekod dah. Jumpa lagi!


5 comments:

  1. ala sian kene dtg lagi sekali

    pelik betul :D

    ReplyDelete
  2. xpe2..de hikmah nyerr...for example, u can come to SA n come n c ur mak cu! tau! :D

    ReplyDelete
  3. @wanie, daddy yg tak betol ke pakcik tu yang tak betol ek? haha~

    @acu, jumpa acu acu kena bagi angpau kat Adam haha

    ReplyDelete
  4. hahha, kasihan daddy, dr sabar terus hilang sabar..nasib baik mummy tarik daddy.. hehehe.. ;p

    ReplyDelete
  5. @nurul,
    susah cakap dgn orang yang rasa dia betol manjang. nasib bek la tiada adegan 18sg hari tu haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair