Edisi JJCM: Restoren Cempaka Sari, Puchong

Assalamualaikum semua!

Tak tau nak wat entri apa. Kalau asyik bubuh gambar Adam pun, nanti cakap Adam syok sendiri pulak. Adam godek-godek handphone Daddy, sekali perasan ada gambar Daddy ambil masa pergi makan dengan Mummy dekat satu restoren sebelah IOI Mall Puchong. Maka bermulalah, entri label terbaru dekat blog Adam, iaitu Edisi Jalan-Jalan Cari Makan. Jom kita terjah restoren ni sama-sama.

Ni ha gambar logo restoren tu, Restoren Cempaka Sari Kopitiam. Daddy tanya kat pekerja restoren tu, apsal bubuh logo gambar orang tua? Kenapa tak bubuh gambar Maya Karin ke, Nora Danish ke, tak pun gambar Fasha Sandha ke, baru best sket. Sekali pekerja tu cakap,

"Encik, gambar orang tua tu Datuk saya. Dia dah meninggal dah, jadi kami buat restoren ni sebagai satu kenangan kepada arwah."

Hahahaha! Kena Daddy sebijik! Restoren ni best. Dari luar nampak macam takde orang je. Mungkin sebab baru kut. Tapi pilihan menu dia memang style kampung. Ada hidang nasi kukus dengan lauk, ada bubur, ada pengat dengan ikan kering, siap ulam jantung pisang pun ada. Sumpah tengok menu, Daddy cakap rasa macam nak makan je semua, haha!
Ini pilihan Mummy. Roti Arab harga RM3.00 sama Kuzi ayam RM4.00. Minuman pulak air standard, teh tarik. Kuzi ayam dia ni macam kari tapi erm pekat sangat. Puas rasa rempah dengan daging ayam lembut. Roti Arab dia pun sedap. Selalunya, roti Arab nih jenis yang bulat instant tu, rasa cam roti kering je. Yaks! Yang kat restoren ni, dia masak sendiri so memang roti dia lembut. Mummy cakap rasa cam nak order satu set je lagi, haha!
Daddy pulak ambil set nasi kukus dengan sup tulang. Harga dia RM8.80. Sangat-sangat berbaloi dengan harga dia. Daddy cakap set tu memenuhi 3 kriteria penting bagi Daddy, iaitu sedap, banyak dan murah. Hahaha! Ada telur masin, sayur sket pun ada, siap dapat semangkuk potongan buah oren dan epal lagi. Air standard Daddy pulak ialah Ice Lemon Tea. Tatau la apsal Daddy suka sangat Ice Lemon Tea.

Okeyla, tatau nak tulis apa lagi. Korang nak pergi restoren ni sila tanya kat GPS korang masing-masing. Alamat dia G-13, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. Restoren ni betul-betul sebelah wing baru IOI Mall. Tapi bukan dalam IOI Mall tau. Dia blok kedai kat luar tu. Cari kat dalam IOI Mall, memang sampai minggu depan pun korang takkan jumpa punya haha.

8 comments:

  1. *blogwalking

    sedapnye nmpk....
    hehehe

    ReplyDelete
  2. wawawawa oo itu roti arab, ingat tadi lempeng :p

    ReplyDelete
  3. adam,
    bila nak belanja auntie tedi makan?

    ReplyDelete
  4. ala..nurul pun pandai buat..see..adam bangga tak dgn nurul? hahahh

    ReplyDelete
  5. @ierahaziera, mmg sedap pungg

    @wanie, lempeng?? hahaha~

    @si tedi, nak kena blanje ke? waaa tunggu nuffnang kasi cashout duwet dulu ye

    @nurul harun, ye ke pandai? wah bagus ni ada can nak jadi calon neh..

    ReplyDelete
  6. huhu..
    rasa lapar plak dah nie..=p

    ReplyDelete
  7. alahai sdapnya roti arab..mntak skit..uhuhuh

    ReplyDelete
  8. hahaha.. sayangi mulut anda.. hehehe.. nak letak gmbr artis terhangat di pasaran je.. gatal daddy adam neh!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair