GEMPAR!! Aksi Adam berblogging dirakam akhirnya!!

Assalamualaikum semua!

PUCHONG: Muhammad Adam Rayyan bin Mohd Faridz, seorang baby blogger sudah lama dipertikaikan kewujudan beliau di arena blog-blog Malaysia, kini akhirnya telah dibuktikan dalam satu gambar candid oleh seorang paparazi yang menggadai nyawa untuk mendapatkan syot yang begitu sensasi ini. Kelihatan dari gambar, walaupun sedikit kabur akibat kegugupan paparazi itu yang begitu terkejut dengan apa yang diperhatikannya, kelibat Adam yang baru berusia 3 bulan ++ ketika itu sedang khusyuk menggodek akaun Facebook Mummynya untuk mencari ilham.

Paparazi berkenaan kemudian membuat kenyataan berikut,

" Saya telah lama membuat intipan terhadap kediaman yang disyaki menjadi rumah Adam itu sejak 2 hari yang lepas. Motivasi saya untuk membuktikan kewujudan Adam di arena blog tercetus kerana tertarik dengan gaya penulisan Adam yang penuh santai tapi berinformasi. Saya hanya berjaya mendapatkan satu syot sahaja sebelum Adam menyedari kehadiran kelibat saya lalu bertransformasi menjiwai perwatakan bayi berusia 3 bulan. Laptop yang digunakan Adam juga dibiarkan olehnya di tepi sambil Adam membuat suara "goo, gaaa, guu!" berserta muka yang comel untuk mengaburi pemahaman saya tentang aktiviti beliau sebelum itu."

Adam yang kemudian cuba ditemubual oleh krew berita kami kemudian cuba menafikan kenyataan paparazi tersebut. Ternyata, lakonan beliau sebagai seorang bayi berusia 3 bulan turut mencairkan hati krew wartawan kami yang berkunjung ke kediaman beliau.

Sumber berita dari BERMANA dan ROITERS.


19 comments:

  1. bloggers termuda hehe, leh masuk buku ssejarah tu nanti.

    ReplyDelete
  2. hehe...adam adaammm...cute betul la

    ReplyDelete
  3. hahahahaha =)) klaka la! nais one...go go adam!

    ReplyDelete
  4. warghh adam.. btul2 mengkagumkan.. ibuAqil kagum ngn dak adam nih.. truskan usaha berkongsi ilham ye nak..

    ReplyDelete
  5. errrrr adam.. yang adam buat tu bukan ber blogging tu adam... tu maen facebook tu adam.. hahahaahaha kantoi ah adam.. hikhikhik

    ReplyDelete
  6. adam masuk paper harinie.. hahha.. kagum la dengan adam..

    ReplyDelete
  7. cane adam nak menaip tu.. pakai mittens hihihi..

    ReplyDelete
  8. terer budak kecik adam nih bahasa komputer..:P

    ReplyDelete
  9. @adia, dpt duwet ke adam masuk buku sejarah tu?

    @yana, heee maceehh

    @hanem, artikel berita btol ni. bukan citer kelakar tau

    @ibu aqil, insyaallah akan trus berusaha

    @nick chun, tuh bukak tab lain kat firefox tu pasal nampak fesbuk

    @chaon, uu dah jadi selebriti plak masuk paper

    @miez hanem, hai kembali!

    @meksue, tuh pasal adam bayi ajaib haha!

    @baby busyuk, erm tau sket2 je hehe

    ReplyDelete
  10. cute nyee...kecik2 da pandai berblogging ea..huhuhu

    ReplyDelete
  11. @qelissa macey2.. qelissa.. erm sedap nama tuh!

    @munirah, kewl ke? wahh!! *kembang idung*

    @joegrimjow, heee maceh. erm grimjow yer.. adam still minat ichigo sebab dia hero haha~

    ReplyDelete
  12. amboii adammm :P hikhikhik meh antie wani add fesbuk kkekekeke

    ReplyDelete
  13. pandai... pandai...
    macam real je...

    ReplyDelete
  14. @wanie, heee adam takde fesbuk. add mummy and daddy punya je la..

    @tehr, mmg real apa? hihi~

    ReplyDelete
  15. hehe..best baca entry ni. terer la adam..kecik2 lg dah berblogging ;)

    ReplyDelete
  16. Kreatif betullah family adam ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair