Happy belated birthday, Kak Aisyah!

Assalamualaikum semua!

Hai korang! Sorryla tak update blog Adam. Hari Sabtu lepas, ada birthday kak Aisyah kat Kelana Jaya. Kak Aisyah nih sepupu Adam belah Mummy. Adam nih rapat dengan keluarga kak Aisyah ni sebab Mak Ngah dengan Pak Ngah selalu  bagi sokongan kat Daddy dan Mummy masa Adam baru lahir dulu. Sampai sekarang pun Adam selalu pergi rumah Mak Ngah ni sebab dapat makan free Adam sayang kat Mak Ngah *ayat bodek ni hehe*
Ini gambar Mak Ngah sekeluarga. Perasan tak Pak Ngah Adam ni muka cam orang Cina? Memanglah muka dia macam org Cina sebab Pak Ngah nih memang orang Cina pun haha! Pak Ngah ni best sebab dia ni cool je manjang. Pak Ngah ni pun suka tengok citer kartun, samalah jugak dengan Daddy. Apsal la orang lelaki suka tengok citer kartun ek? Adam ni besar nanti tengok citer kartun jugak kut? Hahaha~
Gambar kek birthday kak Aisyah hari tu. Sedap kek ni. Perisa mocha. Pelik jugak kak Aisyah order kek mocha ni. Selalunya orang tua-tua je suka perisa mocha ni, bukan budak-budak. Tapi, sumpah kek ni sedap sangat! Biskut kat atas kek tu pun rangup-rangup je. Sedap pulak bila kena dengan isi kek tu yang lembut. Eh, tapi macam mana Adam tau ek? Adam bukan boleh makan pun kek nih? Hahaha...
Ini gambar birthday girl, kak Aisyah. Sila abaikan muka Adam yang blur tu. Tak ready lagi nak ambil gambar. Tu muka ketat semacam je. Comel kak Aisyah ni, umur dah 10 tahun. Hobi dia suka buat pertunjukan bercerita kat sedara mara yang datang rumah kak Aisyah. Pantang je ada orang request suruh dia bercerita, mesti kak Aisyah ni cerita sungguh-sungguh siap dengan gaya lakonan sekali.Hahaha~
Ini gambar Daddy acah Adam dengan kek kak Aisyah. Eiishh! Daddy nih, mentang-mentanglah Adam tak boleh makan kek lagi, saja je nak tayang kek depan Adam. Buat air liur Adam meleleh jer.Cet!!

Tu je nak cerita kali ni. Sorry ya kak Aisyah! Hadiah birthday kak Aisyah kasi masuk buku dulu ya? Adam pergi hari tu tangan kosong je. Nanti Adam singgah kedai mana-mana suruh Daddy dan Mummy belikan hadiah untuk kak Aisyah ya? Sabar tau...

11 comments:

  1. hahah adam cam tunjuk muke frust jek bila daddy hulur kek kekekekek

    ReplyDelete
  2. adam nak speghetti la daddy.. kek pun kalo secret receipe mari baru adam mkn..

    ReplyDelete
  3. @wanie, frust sket sebab takleh makan lagi

    @churalliya, spegeti? baik adam mintak steak Tony Roma's haha~

    ReplyDelete
  4. http://i365.photobucket.com/albums/oo95/nuriz76/adamrayyan3.jpg

    try save ni leh tak

    ReplyDelete
  5. <a target='_blank' title='' href='http://mynameisadamrayyan.blogspot.com/'><img src="http://i365.photobucket.com/albums/oo95/nuriz76/adamrayyan3.jpg" border="0" /></a>

    ni kode banner

    ReplyDelete
  6. <div style="background:url(masukkan url gambar background disini.. kalau ada ) no-repeat center; text-align:justify; font-size:100%; padding:10px">
    <h2 class="title">Thanks for exchange ur link</h2>
    <div class="widget-content">

    <marquee direction="left" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="5" align="center" height="150" width="100%"><center>

    <table border="1" width="150"><tbody><tr>
    <td>masukkan url gambar disini</td>

    </tr></tbody></table>

    </center></marquee></div>

    </div>



    kod blogroll banner bergerak

    ReplyDelete
  7. happie bufday to akak Adam.. Aisyah kan??

    ReplyDelete
  8. hoho..hepy belated besday to aisyah...cute tol adam dlm blur22 dia pun ek..hehe...nak tiooom skali leh??hehe

    ReplyDelete
  9. hehehhee.. sian adam x dpt makan kek.ekekek.. cumel la kak aisyah..happy birthday, dik.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair