,

Kulula Airlines Flight 101

Assalamualaikum semua!

Takde benda baru nak cerita sangat pasal diri Adam hari ni. So Daddy bagi idea kat Adam untuk update entri blog. Tadi Daddy tunjuk gambar dia dapat kat tempat kerja Daddy. So menarik okey!! Cerita pasal kapal terbang 737-800 milik Kulula Airlines. Kulula Airlines ni sebuah syarikat penerbangan dari Afrika Selatan. Pasukan design kapal syarikat ni telah keluarkan satu idea yang SANGAT SANGAT bagus untuk menerangkan kepada orang umum khasnya mengenai komponen-komponen yang ada pada kapal terbang. Nick name untuk design nih pun memang simple, FLIGHT 101. 

Kalau korang semua zoom dekat gambar kapal Flight 101, dia ada tulisan kat livery ataupun cat kapal tu, menerangkan tentang bahagian-bahagian kapal dengan ayat 'layman's term' atau ayat orang kebanyakan. Kelakar betul lah. Hihihi! Sebagai contoh, ada anak panah tunjuk mana kedudukan BLACK BOX sambil ada kenyataan ringkas yang cakap BLACK BOX tu sebenarnya bukan warna hitam pun, tapi warna oren. 

Adam pun kongsi minat Daddy dalam bidang penerbangan ni, jadi Adam rasa usaha Kulula Airlines ni memang sangat menarik dan berguna bagi orang-orang luar yang berminat tentang kapal terbang. Sebelum naik kapal terbang tu, pusing-pusing ronda keliling baca informasi yang ada kat badan kapal tu dulu. I like it! Selain tu, design kapal terbang dia pun ada corak lain macam corak lembu, corak camouflage, daylight saving campaign design dan lain-lain. Korang semua boleh chekidout kat https://www.kulula.com





Bak kata orang Jepun.... "Suugggeeeeee"!!!!!!! *Hebat!!*

8 comments:

  1. comel nama airlines tuh.kulala.kaler pon menarik.

    ReplyDelete
  2. hebatttt kaler cantikk dan mesti nak baca part2 tu kannn

    ReplyDelete
  3. pergh....sweet giler..geli hati sungguh..

    ReplyDelete
  4. sweet giler....comey2...geli ht sungguh..

    ReplyDelete
  5. mmg cantek sesgt design dia. hehe!

    @wawa, apsal tak caya ke?

    ReplyDelete
  6. nanti adam buh gambar adam wat blogwalking, tak caya gak tatau laaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair