,

Percubaan Gagah Daddy

Assalamualaikum semua!

Hari Rabu minggu lepas, babysitter Adam aka Mak Wai ada emergency. Ada kematian kata Mummy. So, nak tak nak, salah seorang kena ambil emergency leave nak jaga Adam satu hari. Setelah kalah main oh som!
membuat mesyuarat kecil antara Daddy dan Mummy, Daddy pun bermurah hati meng'offer'kan diri mengambil cuti sehari untuk menjaga Adam. 

Adam tau Daddy nih tak begitu berpengalaman jaga Adam. Sebelum ni pun, selalunya Mummy yang uruskan Adam. Daddy ni jadi assistant Mummy je. Cubaan terbesar Daddy ialah memandikan Adam. Kalau part nak bancuh susu, tukar lampin ataupun basuh berak Adam, tu semua Daddy dah terer. Cuma part mandikan Adam je Daddy tak pernah buat sorang-sorang. Ish, Adam pun tak berapa konfiden dengan Daddy nih haha!
Erm, nampak dari gambar ni, Daddy dah siap barang-barang semua siap-siap kat atas cot Adam. Bedak, minyak telon, pampers + baju dah siap bentang, so sekarang kita bergerak ke bilik air untuk operasi mandi.
Inilah gaya Daddy mandikan Adam. Gaya nih TokWan yang ajar, sesuai untuk mandikan Adam sejak Adam lahir lagi. Kalau korang ada baby yang kecik cenonet pun boleh pakai gaya ni nak mandikan baby. Sebab kalau baby tu kecik sangat, nak pegang lama-lama masa mandi pun takut kan? Kalau ikut gaya ni, baby tu rileks je baring atas betis ataupun dalam kes Adam yang dah panjang ni, sampai ke peha Daddy. Nasib baik Daddy tutup bird-bird Adam dengan tangan Daddy. Idak, malulah Adam! Hihihi...
Uhh, best betol mandi dengan Daddy ni! Tengok seronok tak seronok muka Adam masa Daddy mandikan ni? Tapi kesian Daddy habis basah lencun seluar pendek Daddy. Besen merah tepi tu ada isi air suam untuk mandikan Adam. Takkan nak mandi pakai air sejuk pulak ye tak? Kang abes kecut kulit Adam yang gebu ni, awww!

Taraaa! Gambar Adam selepas dimandikan oleh Daddy. Gambar Adam blur sebab tak ready lagi nak ambil gambar haha! Okeh, setelah dinilai oleh Mummy yang balik kerja petang tu, keputusan muktamad Daddy LULUS untuk jaga Adam sorang-sorang. Congratz Daddy!!

12 comments:

  1. wahahahah seronoknye adam mandii :)

    ReplyDelete
  2. hmm...bestnye ade baby...sy xde rezeki lg..huhuhu

    ReplyDelete
  3. @yana, jgn putus asa oke? amalkan doa Mummy mcm dlm blog Adam ni. insyaallah ada la rezeki tu nanti

    ReplyDelete
  4. mengintai adam mandi.. hehhe.. chumel la adam.. cubit pp sket.. :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha, adam n daddy sama2 seksi. bila la adam nak besar ni!!

    ReplyDelete
  6. @chaon, isk jgn intai lama2 okeh. adam seram! haha!

    @nurul harun, seksi kat umah je.. bahaya nampak kat luar hehe

    ReplyDelete
  7. best nye dapat daddy cenggini..aiseh..

    ReplyDelete
  8. huhu..comelnya adam n daddy mandi..precious moment kan..?

    ReplyDelete
  9. salam.
    tinggal pesan kat sini, x jmpa chatbox
    ade ipman+gatsby

    ReplyDelete
  10. @baby busyuk, ye Daddy mmg best!

    @nina, mekaseyy

    @mommyYen, yup! really sumthing!!

    @yot, haha nak klik tu diam2.. nanti nuff nampak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair