JJCM: Restoran Chawan, Bangsar

Assalamualaikum semua!

Lama tak berbelog, mintak maaf. Streamyx kat rumah Adam kebelakangan ni masuk time malam je, dia transform. Bukan transform jadi transformer macam Optimus Prime dalam iklan TMNet tu. Tapi dia transform jadi siput babi. Kelajuan internet yang sungguh menusuk kalbu Adam. Nak berblogwalking pun susah. Geram jer Adam! Haish!

Okay entri kali nih dalam topik JJCM. Restoran bakal diterjah ialah Restoren Chawan dekat Bangsar. Restoran ni kami sekeluarga pergi selalunya sebab Mummy yang dah jadi hantu minum kopi. Dulu masa sebelum Adam ada, Mummy ni bukannya suka minum kopi. Pergi kedai je mesti order teh tarik. Tapi semenjak Mummy belajar kat overseas aritu, dah pandai belajar minum kopi pulak. Mana taknya, kat UK tu manalah ada kedai mamak. Ada pun kedai Pakistan je jual kebab. Tapi depa tak jual teh tarik. Itu yang Mummy TERPAKSA pergi minum dekat Starbucks. Daddy cakap mana boleh minum Starbucks, boikot tengah hot masa tu. Ala, takpe, darurat hehe...
Ni gambar Restoren Chawan tu. Senang je nak carik. Korang semua pergi dekat Bangsar Village punya main entrance, seberang jalan tu Restoren Chawan lah. Restoren nih memang sesuai untuk sesiapa yang hantu minum kopi. Sebab? Dia ada lebih kurang 15 jenis kopi yang berbeza. Kopi bukan kopi orang putih punya tau! Semua kopi Malaysian Made punya. Baru lah kawww! Mummy kalau datang mesti nak order KOPI MUAR 434. Tatau la kenapa dia bubuh 434. Baik bubuh 737 ke, 747 ke, atau 777. Baru sama dengan kapal terbang BOEING hehe. Kopi 434 nih sedap, dia ada rasa lemak-lemak pahit sambil ada rasa marjerin sket. Susah nak explain, korang pergi sana order try sendiri.

Ni kopi 434 ais. Huish! Sedap betol. Minum time dahaga memang rasa puas sesangat. Tapi, presentation tak menarik sangat la. Bubuh la dalam gelas lawa sedikit ye tak? Barulah ada class sket.

Ni pulak kopi 434 versi panas, kegemaran Daddy. Jaga badan kononnya minum air panas je. Dia siap bagi biskut tawar lagi 3 keping untuk counter balik rasa kopi yang sangat kaw. Dalam gambar tinggal 2 keping je sebab Mummy dah pau satu hehe.

Haaa ini menu special dekat restoran ni. Nasi briyani kambing. Huiish! Memang sedap gila! Dalam gambar memang nampak kecik, tapi sebenarnya serving ni memang besar. Kalau nak share dua orang makan pun cukup rasanya. Tapi sebab tangki perut Daddy ni besar, dia seorang je makan sampai habis. Kambing tak nampak sebab tertimbun dalam nasi tapi portion kambing dia memang banyak, puas makan kambing sampai pening.

Okaylah, Adam sangat-sangat syorkan korang semua pergi cuba minum kopi dekat Restoren Chawan ni yep? Kopi sedap, suasana santai sebab theme macam kedai kopi zaman dulu, makanan pun sedap. Tapi yang paling penting harga dia. Sangat-sangatlah tak mahal. Just nice saja. Cuma parking jer payah sedikit. Korang tau lah kan Bangsar tu macam mana. Double parking je manjang. Nak selamat, korang pergilah parking kat dalam Bangsar Village tu terus senang. 

Akhir kata, sila minum kopi dengan berhemah yer. Takut overdose minum kopi jadi tak keruan semacam je. Cuba tengok muka Adam bawah ni. Dah overdose la tu walaupun tu baru cium bau kopi je hehehe...

14 comments:

  1. wawaa beriyani kambing my fevret

    adam terima kasih sharing info ni boleh antie wani terjah jugak

    ReplyDelete
  2. @wanie, sama2. nanti kongsi skali port makan besh tau! ops nak gi tgk maya bongok kat tv3.. tata!

    ReplyDelete
  3. adam ni sje wat aunty lapo tau..cpt blanje aunty mkn.. :)

    ReplyDelete
  4. wahh...macam sedap je tu... ummm

    ReplyDelete
  5. nah mkn kt cni..mmg sedap..servis pon baik..

    ReplyDelete
  6. alaa Adam kenapalah tunjuk kopi ais n nasi briyani tu..,ummiross tengah lapar ni..terliur hee

    ReplyDelete
  7. sedapnya..dah lama sgt tak minum kopi ni..teringinnya!eh, adam bau kopi je kan, dah beso nnt baru minum ek..

    ReplyDelete
  8. tak penah lagi lak sampai ke sini..tp ns briyani tu nampk sodappppp

    ReplyDelete
  9. dahsyat tu..baru cium je dah overdose ye adam..eheh..

    ReplyDelete
  10. amboi, comelnya Adam bercerita... daddy Adam tu mmg, nampak je kecik, tapi tangki besar, apa nak buat, dah biasa makan nasi kawah..Adam jangn jadik cam daddy tau... tapi keje mcm daddy takpe..

    ReplyDelete
  11. @hernee, aik? kena blanje ek? jap adam cashout nuff hehe

    @asmaria, memang sedap pun

    @JMR, haah besh kan?

    @ummiross, dah terliur tu wajib pegi rasa hehe

    @sirna, haa tula kena tunggu beso baru bleh minum

    @aien, mmg meriah cam ada pesta ek? haha

    @aleeya, pegi tau! mmg best!

    @nadiah sidek, tu la kaww sangat bau kopi

    @mummy darin, haa keje cam daddy? takmolah. adam nak jadi pilot hehe

    ReplyDelete
  12. waa.. sedapnye kopi ais tu.. balik ni nak gi beli kopi ais la. eh, xjadi la. wat sendiri lagi best. bleh wat kaw² punye.. nanti blh publish kat blog. =)

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. kopi tu macam sedap!!!!!!!!
    sukanyeeeeeeeeeee.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair