,

Maksu Eja di Tayangan Ip Man 2, terima kasih En Nuffy!!

Assalamualaikum semua!

Ingat tak haritu Adam ada dapat tiket free untuk tayangan perdana cerita Ip Man 2? Apa, tak ingat??!! Pergi baca balik entri Ip Man 2 Adam hari tu. Okeh, sebabkan tayangan tu jauh dekat Pavilion, dan tayangan tu pulak hari Selasa malam Rabu yang mana besuk pagi Mummy dan Daddy kena pegi kerja, tiket itu akhirnya diberi kepada Maksu Eja. 
Maksu Eja ni adik bongsu Daddy, tengah belajar dekat UiTM Shah Alam. Masih single, tapi awas! Maksu Eja memiliki bakat menghabiskan duit para jejaka yang cuba mengorat beliau! Hahaha, jangan marah Maksu! Adam acah aje.  Maksu Eja pergi tengok wayang dengan rakannya yang hanya dikenali sebagai Jijah. Jijah ek? Sungguh old school namamu itu. Adam suka hehe.
Gambar Maksu tengah beratur nak ambil tiket kat kaunter Nuffnang. Sebelum tu, duk kalut la telefon Daddy tanya kat mana nak ambil tiket. Haha!
Awek Nuffnang yang sungguh gorjes! Sapa nak nombor telefon dia? Angkat tangan!!
Hoyeah! Dapat barang free lagi sebelum tengok wayang.
 Maksu Eja berposing dengan poster Donnie Yen yang berlakon jadi hero citer Ip Man 2.
Jijah yang cuba membuat aksi Wing Chun seperti Ip Man, tapi jadi macam aksi Ultraman Taro pulak Adam tengok hahaha!
 Maksu Eja dan Jijah berposing lagi dengan barang free. Bagusnya Nuffnang!!
Sempat bergambo lagi dalam panggung wayang. Kelihatan jejaka baju putih tidak mengamalkan etika menggunakan handphone dalam panggung wayang. Ops, silap! Dia tengah nak silent phone tu sebenarnya hehe.
Gambar dua anak dara yang kepuasan dapat tengok wayang free. Maksu Eja cakap cerita Ip Man 2 nih best sangat. Hooo, ni kena pergi tengok nanti ni. Jarang Maksu Eja cakap cerita wayang best. Herm, kena tunggu cerita keluar DVD je la. Okay korang, babai!!!

P.S: Maksu Eja, waaa tatau plak Chanel ada buat kain tudung. Ralph Lauren Polo ada tak jual tudung? Wakakakaka..

4 comments:

  1. alaaaaaaa tak tengok lagik, tapi dah kawen ade anak kecik ni tak merasa masok panggung dah..semua cite layan dvd jewww,tunggu anak besor sket la br leh ke panggung balik hehe

    ReplyDelete
  2. achik lin pon nak gi tgk Ip Man 2 ler....tak leh jadi ni tp tatau nak tgk bila sebab busy T.T

    mak chu ngn makcik jijah enjoy sakan tgk Ip Man 2 kat Pavy yer ^^

    ReplyDelete
  3. lama tak singgah jenguk adam.

    citer ip man 2 ni best gila ah adam, nasib ah x gila. nurul dh tgk dah. adam bila lagik? ohh, adam kecik lagik. hekhek

    ReplyDelete
  4. wahh..jeles-jeles..naseb ellis jauh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair