,

Tips Memilih Pengasuh Bagi Baby Anda

Assalamualaikum semua!

Blog Adam ni nama je blog baby kan? Tapi entri kebelakangan ni asyik pasal benda mengarut je haha. Sorry lah korang. Okey untuk entri kali ni Adam nak kongsi tips-tips macam mana nak pilih pengasuh untuk baby korang. Mungkin sesetengah ibu kat luar sana bernasib baik, ada mak sendiri atau mak mertua dekat boleh tolong jagakan baby waktu kerja. Ada jugak para ibu yang banyak duit tak payah pergi kerja pun, duduk rumah concentrate jaga baby. Tapi Adam percaya ramai parents kat luar sana sama dengan Mummy dan Daddy Adam. Dua-dua bekerja, jadi nak tak nak kena lah cari nursery atau pengasuh untuk jaga baby.

Daddy dan Mummy tak suka sangat kalau nak kena hantar Adam pergi nursery. Yelah, banyak sangat dengar cerita baby tak terjagalah, baby tercekik la, sampaikan nauzubillah ada baby meninggal kat nursery.Tu yang gagah jugak carik pengasuh untuk Adam. Syukur lah jumpa keluarga Mak Wai, pengasuh Adam sekarang nih.

Inilah gambar famili Mak Wai. Dari kiri, Ayah Zul, Fatin, Fikah, Mak Wai, Adam dan Iera. Gambar ni Daddy ambil masa famili Mak Wai datang rumah jenguk Adam demam haritu. Terima kasih Mak Wai jenguk Adam time Adam sakit. Adam sayang kat korang semua.

Okaylah, jom Adam kongsi tips pilih pengasuh dengan korang semua jom! Mak Wai kalau baca ni janganlah terasa ke apa ke ek? Mak Wai dah perfect dah untuk Adam. Dah jadi macam mak angkat Adam dah lepas nih. Tips ni cuma nak tolong pasangan parents lain nak pilih pengasuh baby macam mana. Right, mulakan!

TIPS MEMILIH PENGASUH BABY
A. First impression
Kita semua mesti nak pilih pengasuh yang betul-betul sukakan baby betul tak? Cuba tengok cara sambutan dia macam mana masa mula-mula datang rumah pengasuh dengan baby kita. Kalau dia betul-betul suka dengan baby, mesti dia nak dukung, nak usik-usik cubit pipi, atau main acah-acah ke dengan anak kita. Barulah kita ada konfiden sket yang dia ni suka jaga baby. Ada juga jumpa pengasuh buat derrkk je bila kita sampai. Lepas tu interview macam-macam perangai anak kita, selalu nangis tak, suka jerit ke tak, ada bantal busuk ke hapa ke. Kalau korang jumpa pengasuh macam ni, cepat-cepatlah mintak diri yer. Nampak beno tak ikhlas nak jaga anak kita.

B. Rumah Pengasuh
Bila dah sampai rumah bakal pengasuh tu, cuba-cuba la scan sket area rumah dia. Rumah tak besar cam banglo pun takpa. *ada ke rumah pengasuh besar banglo? hehe* Yang penting, biarlah kemas dan bersih. Ada jugak jumpa pengasuh dah caring dah, tapi tengok kawasan rumah dia tak terjaga sangat. Carpet tak vacuum la, baju selerak dalam rumah la, meja tak lap dan macam-macam lagilah. Bukan nak menjatuhkan, tapi kalau benda basic macam tu dia tak boleh handle, apatah lagi nak jaga baby kita yang konfirm lagi besar tanggungjawab, kan? 

C. Keluarga Pengasuh
Kalau boleh cuba selidik sedikit profil keluarga pengasuh tu, suaminya dan anak-anaknya macam mana.  Kita mesti nak anak kita membesar dalam suasana yang ceria dan positif betul tak? Jadi banyak masa akan diluangkan bersama keluarga pengasuh tu sendiri. Kalau keluarga pengasuh tu keluarga bahagia, anak-anak dia sopan santun baik budi pekerti, insyaAllah anak kita pun nanti akan membesar jadi seorang anak yang baik budi pekerti jugak kan?

D. Berbincang
Kalau korang ada beberapa hasrat ataupun special rules untuk baby korang, tolong tanya pengasuh awal-awal sebelum setuju dengan apa-apa ye? Bukan apa kadang-kadang parents cerewet sket, tapi bagi pengasuh tu mungkin tak rasa apa-apa pun. Bagi mengelak nanti jadi bergaduh ke apa ke nanti, bincang elok-elok apa yang korang harapkan dari pengasuh nanti. Nak mandi macam mana, bancuh susu style tarik ke, ataupun korang nak pakai lampin kain je ke. Kalau pengasuh sanggup alhamdulillah. Kalau tak sanggup korang terpaksa la berkompromi ataupun cari pengasuh lain. Tapi kalau boleh janganla banyak beno peraturan pelik-pelik. Kesian la dekat pengasuh tu. Lagi satu kalau parents yang kerja shift ataupun balik tak menentu silalah tanya pengasuh diorang kesah ke tak parents datang ambil baby lambat ke tak, ataupun ada extra caj ke yang dikenakan. Berbudi bicara semasa bincang, jangan berkira sangat atau kedekut. Kalau dah pengasuh jaga anak kita molek-molek, nak berkira buat apa kan?

Okayla, panjang berjela dah taip. Korang ada tips lagi boleh share kat bahagian komen yer? Tata!!!

4 comments:

  1. Mencari pengasuh hbungi saya 0123753643 sya duk kmpng baru kuala lmpur

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair