,

Voyeur: Mungkinkah ia menjadi milikku?

Assalamualaikum semua!

Hari ni nak kongsi gambar voyeur aka gambar amek curik-curik koleksi Daddy. Gambar ni Daddy ambik dekat Sunway Pyramid, betul-betul depan kedai Harvey Norman. Sekali tengok macam takde apa pun yang lawak pasal gambar ni kan? Haa, tu korang tak tau cerita lagi. Meh Adam story mory kan kat korang semua.

Cerita dari awal, kami sekeluarga saja je jalan-jalan cari pasal makan angin dekat Sunway Pyramid hari Sabtu aritu. Penat dah meronda kitaorang pun duduk melepak kat area depan kedai Harvery Norman tu. Sekali Daddy perasan ada sorang mamat Cina ni, seperti yang tergambar dekat gambar bawah,  duk khusyuk melayan set bilik tidur Harvey Norman tu.
Ala, kalau setakat tengok cam tu apa ada hal kan? Korang semua pun mesti tak heran ye tak? Tapi mamat Cina ni punya khusyuk tengok katil tu tak bergerak-gerak sampai SETENGAH JAM okey? Setengah jam dia duk tercongok dengan posing ala-ala kucing kurap mintak ayam dekat foodcourt time makan lunch. Langsung tak bergerak-gerak. Hairan jugak la kami satu famili. Ingatkan mula-mula dia tu performing artist tengah buat show kan, ala yang macam pura-pura jadi patung la, jadi robot la, haa yang macam tu. Tapi takde la pulak bekas nak bubuh duit? Hehe..

Halo uncle! Lu jangan pikir lama-lama wor. Lu kasi angkat saja itu katil. Apa, lu takde duit ka? Takpe maaa, lu kasi swipe dulu itu kredit kad. Janji lu jangan jadi cicakman dekat itu Harvery Norman punya cermin. Nanti ada orang ambik itu getah kasi lastik sama lu, baru lu tau worr hahaha...

Okeh dah setat melalut sampai ke laut dah. Cukup untuk hari ni. Entri mengarut penangan demam yang baru nak baik. 

7 comments:

  1. ha ha ha ha ha


    frust dgn katil ke mamat tu adam??

    ReplyDelete
  2. nasib baik adam x join skali mamat tuuu. klu x mesti dlm gambo kat atas tu ada adam kat sebelah kan kan kan. haish..jgnlah wat perangai mcm tu adam. klu adam nak..bgtau jer kat mummy/daddy nooo...

    ReplyDelete
  3. rasenya die ngah berfikir2 tu..isteri dia yg pksa die beli kot huhu..die plak xckup duit..jd serba slah haha

    ReplyDelete
  4. dia bukan takat ada dilema pasal duit nak beli tu

    siap berangan macam2 tu adam hahahah

    ReplyDelete
  5. salam, tak dapat tak apa, memadailah seadanya, yang penting selesa, heppii, bahagia betul tak....
    kongsi tips rumah tangga, anak, doa untuk anak, nama Islam dll di; http://edarannama.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. uncle darrick (wah, nak nama glamer aje) tu tido ke hape??

    ReplyDelete
  7. @semua, hehe adam kesian tgk dia tak gerak2.. khusyuk beno la tgk katil cam org lapo tgk nasi.

    @meksue, uncle derrick? wahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair