Adam dah layak jadi world traveller! Buku merah akhirnya menjadi kepunyaan Adam!!

Assalamualaikum semua!!

Baru-baru ni Mummy kejutkan Adam awal pagi. Lepas tu, Mummy mandikan Adam dan pakaikan Adam baju cantik. Aik? Pelik la pulak. Nak pegi mana kita Mummy? Mummy cakap siap je. Karang tengah hari Daddy datang sekali. Aik? Daddy pun join? Bukan Daddy tengah kerja dekat Subang Airport ke Mummy? Tengok Mummy dah tak layan Adam soal banyak-banyak dah, Adam pun pakai baju aeroplane Daddy beli dengan seluar skinny Mak Lang beli dekat UK dulu.
Rupa-rupanya Mummy dengan Mak Lang bawak Adam pergi Imigresen dekat Subang Airport hari tu. Pergi nak buat pasport Adam. Heeeii, buat pasport ek? Nak pergi mana plak ni yep? Ops rahsia dulu. Kasi korang saspen. Nanti dekat nak pergi baru Adam cerita okey? *tiru style Mek Chu sket haha!*
Nih gambar Mummy dengan Adam dalam photo booth dekat Imigresen Subang tu. Penat posing nak dapatkan syot terbaik.

Tara!!! Gambar Adam untuk pasport. Siap ada mutiara lagi kat bibir bawah Adam hihi!

Ramai oranglah hari tu. Cakap siap sejam je. Tapi pasport Adam siap pukul 4.45pm! Argh lama gila tunggu! Nasib baik Mak Lang ada bawak susu botol untuk Adam. Nom nom nom! Minum hilangkan dahaga. Panas kat situ, takde aircond. Ada kipas berdiri je. Macam mana la staff kat situ boleh tahan kerja panas-panas 5 hari seminggu? Adam duduk sekejap je pun rasa nak pengsan dah.
Kepanasan melampau sampaikan Mummy pun pau sket susu Adam hilangkan dahaga. "Ala kongsi dengan Mummy apa salahnya kan Adam?" cakap Mummy. Adam hanya mampu wat muka toye je... Uuuuu! Panass!! Rambut remos Adam pun habis dah hilang.
Akhirnya siap pun pasport Adam. Daddy pun dah sampai dari tempat kerja. Tapi tak acilah Daddy. Panas sekejap je pun. Kami bertiga dah tak larat nak senyum dah haa tunggu pegawai imigresen yang sungguh efisien tuh.

Yey! Gambar posing dengan pasport baru siap. Tapi sorrylah, Adam dah penat. Nak senyum pun tak larat dah. Pikir nak balik tido je pun. Adam buat yang 5 tahun punya straight. RM150 je pun. Kalau yang dua tahun tu RM100. Baik tambah RM50 dah jadi 5 tahun. Tak payah beratur lagi nak buat pasport. Eiii, Adam serik!! Kalaulah boleh renew pasport online je...kan senang??



9 comments:

  1. adam lama x update blog!!

    adam nak g mana> nak g oberseeee ke> makcik tedi ikut boleh? tp x d epassport lagi!!

    ReplyDelete
  2. biar kasik suspen skit.. hehe.. adam tiru ye..

    mana la daddy nak bwk adam tu kan.. nmpk gaya adam ni tak byk ragam.. bp lama pun dlm flight nnti insyaAllah mummy & daddy x yah bg adam ubat selsema..hehe

    ReplyDelete
  3. adam gi mana ni.. blog pun dah nak bersawang.. mesti jalan jauh nih..

    daddy adam kena tag psl world cup.. gotcha!! jenguk blog utk details.. hehe

    ReplyDelete
  4. ala comel nye gamba pasport die.
    dah dewasa nnt mesti adam akn tgelak2 bila die tgk gmba tu.
    hehehehe~

    ReplyDelete
  5. wah..adam nak gi jalan2 ye..
    aunty putu nak ikut sekali boleh tak?

    comel sekali adam ni..walaupun ayaq liuq meleleh..hikhik

    ReplyDelete
  6. heheheh adam..rindu tau kat adamm..

    hai mak mentuaku..kekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair