JJCM: Restoren Jemari, Kelana Jaya

Assalamualaikum semua!!

Entri jalan-jalan cari makan lagi. Restoren yang diterjah kali ni namanya Restoren Jemari, lokasi Kelana Jaya. Actually, Mak Ngah Adam yang rekemen makan dekat sini. Beriya-iya benar Mak Ngah promote, jadi kami sekeluarga pun pergilah terjah nak tengok apa yang sedap kat situ.
Ni gambar entrance restoren tu. Kalau korang biasa dengan area Giant Kelana Jaya tepi LDP tu, lokasi restoren ni ada dekat blok-blok kedai baru belakang Giant tu. Ala, korang ronda sekejap mesti jumpa sebab restoren ni tepi jalan je pun. Tak jumpa jugak korang pergi balai polis Kelana Jaya dekat Tabung Haji tanya, hahahaha!
Gambar Mummy dan Adam dalam restoren. Ambient restoren ni okay, agak old school sket, dengan penggayaan warna cream, putih dan dark chocolate menjadi pilihan tuan punya kedai sebagai hiasan dalaman. *wah, ada macam Eric Leong tak Adam cakap? hehe* Meja makan okay, cukup besar nak letak lauk macam-macam. Ada kedai best, tapi meja makan kecik. Nak makan pun tak best. Kerusi empuk, tapi sofa korang tu agak kotor lah. Bahana pakai sofa kain, payah nak basuh kalau ada makanan tumpah.
Taraaa! Pilihan Daddy kat situ. Nasi Goreng Thai. Mula-mula ingatkan nasi goreng Thai ni pakai udang atau ayam goreng kunyit. Tapi yang ni pakai lauk ayam kicap pedas. Eii korang tokey kedai semua kena buat meeting tau, seragamkan jenis-jenis nasi goreng korang ni. Pening kepala kami nak pilih okay? Tapi kali ni, Daddy pilih nasi ni sedap. Sumpah sedap sesangat! Presentation pun cantik, ada bawang  dan cabai potong, dengan hirisan mangga. Makan sekali dengan nasi goreng ayam kicap tu, uuuuh! Korang kena pergi try okay?
Mummy cam biasa, selalu blur-blur nak pilih makanan, mengambil keputusan mudah. Nasi Goreng USA. Standard je nasi dia cam biasa. Ada telur goreng, daging merah campur nasi goreng. Okay, sedap. Sama je nasi goreng USA dengan tempat lain, cuma portion dia agak besar. Sesuai untuk orang yang mempunyai tangki besar. Mummy makan ciput je, diet beb diet!! Hehehehe...

Okay ni alamat kedai dapat dari Google:

Jemari-Thai Cuisine
C-G-05, Jln SS6/5B, Dataran Glomac
46300 Kelana Jaya, PJ
03-78062413
Gi lah terjah korang! Bye!!

8 comments:

  1. tokeh kedai x dpt nak wat mtg.. esok lusa kalo gi sana blk mesti lain lak rupa nasi grg tu.. hehehe.. semlm mekchu ada try nasi public phone..

    ReplyDelete
  2. @zack, kekeke gi wat kat NZ yep!

    @mekchu, nasi berubah rupa. aaa public phone kat ss15 ke? sedap gak tu

    ReplyDelete
  3. eh??? nasik public phone??
    camne tuh??? JJCM tempat baru pulak nih..

    ReplyDelete
  4. mak lang adam rayyanJuly 2, 2010 at 1:58 PM

    adam dapat upah ek ---beriya2 promote ni... siap kasi address lagi--meh la share gan mak lang ...

    ReplyDelete
  5. kerabu kangkong x cuba ke derr?

    ReplyDelete
  6. kat situe bnyk menu makanan best2.. rugi jer order makanan nasi goreng usa..?? kat kedai mamak pun ader.. order lar makanan2 rare mcm kerabu perut ker, tomyam ker, daging nyahtok (betul ker tak sebutan) baru ler JJCM.. aper lar..

    ReplyDelete
  7. utk che bard dan che anony,

    mmg kami sekeluarga mempunyai masalah ketika memilih makanan kat kedai. last2 mesti beli nasi goreng USA gak. korang ajak la kami makan skali, orderkan, pastu lagi besh tlg bayarkan. mesti kitaorg tak segan silu nak makan apa korang order yang rare2.

    tq yerp!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair