Sakit matalahh!!! Haishhh!!

Assalamualaikum semua!!

Haritu Adam sakit mata tau. Bukannya sakit mata tengok benda bukan-bukan, tapi betul-betul sakit mata. Conjuctivitis kata omputeh. Kesian kat Adam kecik-kecik dah sakit mata. Mula-mula masa nak tido, takde merah sangat, cuma tahi mata Adam lebih banyak dari biasa. Bangun pagi tu, mata Adam dah mula jadi merah dah. Tapi takde la merah menyala macam orang dewasa. Mummy dan Daddy yang senang cuak sentiasa prihatin dengan kesihatan Adam cepat-cepat bawak Adam jumpa dengan Doktor Sanjay Woodhull dekat SDMC, Subang Jaya.
Jangan tertipu tengok Adam gelak-gelak ni yer. Adam ni biasa lah, pantang nak ambik gambar mesti nak gelak-gelak. Masa ni, mata masih sakit. Pagi tu bangun abis sememeh mata Adam penuh tahi mata. Sampaikan Adam tak boleh nak bukak mata langsung. Panik Adam, habis meraung subuh-subuh tu. Mintak maaf yer jiran tetangga Adam semua. Adam terkejut bangun pagi tak boleh bukak mata, tu yang menjerit sakan tu haha!
Ni gambar Daddy ambil dalam kereta on the way balik rumah lepas jumpa Doktor Sanjay. Kalau korang semua zoom gambar Adam ni boleh nampak gumpalan tahi mata dah mula nak membentuk walaupun Adam baru je tido tak sampai 5 min masa tu. Aktif sungguh virus sakit mata ni. Doktor Sanjay cakap sakit mata biasa je, so dia bagi Adam ubat cream je. Pakai sekejap je pun, sekarang dah baik. Alhamdulillah. Nasib baik tak jangkit kat Daddy dan Mummy, tidak abis satu famili pakai spek hitam ke hulu hilir hehe.

Mak Lang kata kalau baby sakit mata, ambik susu badan ibu bubuh sket dalam mata baby tu. Betul ke ek?? Korang semua ada try tak? Kalau menjadi, Adam nak patenkan lah, ubat sakit mata brand Adam sendiri hehehe...Tapi mana nak carik susu badan banyak-banyak? *blur*

4 comments:

  1. sian adam.
    cepat2 sembuh tau.
    mmuah. :)

    ReplyDelete
  2. salam. cpt sembuh dik!!
    to mummy n daddy..: mcm ni la agknya bila anak2 kan..ttp yg paling utama..paling dirisaukan...da besar nnt mcm mana agaknya mereka nih??(huh, mcm da besar sgt saya nih..)

    ReplyDelete
  3. siannye nengok adam ...get well soon yer adam..take care

    ReplyDelete
  4. betul.. titis kan susu ibu kat mata.. bukan setakat bleh baik sakit mata, tp nnti mata baby tu akan bersinar..

    p/s: dah lmbt sgt ke bg petua ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair