Adam dan IPIN, UPIN takde.. tak tau mana dia pergi.

Assalamualaikum semua!!

Hari ni nak kongsi gambar Adam amik dengan IPIN dari cerita UPIN IPIN kat TV9. Korang semua minat tak dengan cerita UPIN IPIN tuh? Adam suka, kelakar cerita dia. Penuh dengan pengajaran dan nilai-nilai moral suci. Barulah sesuai untuk tontonan kanak-kanak Malaysia. Ni pegi tengok citer Doraemon, tak logik langsung. Nanti mulalah budak-budak sekarang ni berangan macam-macam nak gadget macam yang Doraemon ada tu. Ishh tak seswai langsung! Tapi korang semua nak dengar satu rahsia tak? Sebenarnya, rumah Adam ni tak dapat siaran TV9!! Hahaha kelakar kan? Ariel (betol ke ejaan Adam ni?) rumah kami ni memang tak dapat TV9. Dah puas complain kat management, tapi tak ada pun apa-apa perubahan. Sabar jelah! Akibatnya, tengok dekat internet je lah.

Anyway, kami sekeluarga pergi Jusco Midvalley hari tu. Tempat favourite Mummy. Adam pun tak paham apsal Mummy suka sesangat pergi Midvalley, parking payah bebeno! Setiap kali pergi mesti tengok Daddy ngomel tak berenti-renti masa cari parking. Hahaha! Kelakar Adam tengok. Nanti Adam besar, nak pergi jalan-jalan naik helikopter je. Senang tak payah pikir parking kan korang kan?

Kat Jusco Midvalley tu la Adam jumpa patung IPIN tu. Actually, Daddy yang jumpa, pastu suruh Adam posing pulak dengan patung IPIN tu. So, korang layanlah gambar kami ala-ala kembar siam lama tak jumpa dalam cerita JEJAK KASIH TV3. Yeah!! (part ni tiru gaya Nas Ahmad dalam MENTOR)

IPIN: Hai Adam! Jom ambik gambar sama?
Adam: Haiks? IPIN??!! Mana UPIN?
IPIN: Owh dia pegi kuar jap beli ayam goreng.
IPIN: Haaa steady-steady! Senyum Adam! Jangan isap tangan tu!
Adam: I can't help it! I'm too nervous, ambik gambar dengan idolaku!!!
Adam: Mekasih yep sudi ambik gambar dengan Adam, ya IPIN? 
IPIN: No problem, jangan bagitau kat UPIN, nanti dia jeles keh keh keh!

Itulah cerita Adam berjumpa dengan IPIN. Best tak? Apa??!! Tak best? Argh, sentap la Adam camni. Takmo kawan la... Gi kamu baca blog orang lain pulak. Daaaaaa!!!

5 comments:

  1. bergambat je ke dgn ipin, kenapa tak suh daddy belikan terus heheh. upin beli ayam goreng? tak habis2 dgn ayam goreng dia kann.

    ReplyDelete
  2. adam dah besar :)

    lama tak tengok gambar adam ni

    ReplyDelete
  3. upin la tu.. ipin yg ada rmbut.. hahaha.. saje kasi konpius..

    mesti adam aim hidung ipin tu kan.. kena gigit mesti sodap..

    ReplyDelete
  4. @adia, aaa tanak la beli. patung tu keras tak besh peluk. depa tuh memang suka sangat dengan ayam goreng

    @wanie, haaa biasala. adam dah besar dah ni.

    @mekchu, tu ipin la. tgk baju dia ada hurup I tu. tatau la kut dia pau baju adek/abang dia hehe

    ReplyDelete
  5. soooo cute lil baby!
    dah nak same dah ngn ipin tu.
    hihi :p

    JempotDatangKeBlogTqa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair