Adam's first overseas trip: Pics from the flight MH 002

Assalamualaikum semua!!

Hai! Adam kembali sini. Alhamdulillah, kami sekeluarga dah pun balik Malaysia semalam. Ada sapa-sapa rindu kat Adam tak? Adam tengok statistik blog, ada jugak yang rajin jenguk. Terima kasih yep! Padanla tak bersawang sangat blog Adam ni hihi!

Hari ni Adam nak kongsi gambar kami ambik masa nak pergi UK hari tu. Post sket-sket dulu. Gambar ambik sampai beratus, naik juling mata Adam nak edit tau! Ala kalau korang pergi jalan holiday pun mesti ambik gambar banyak jugak kan? Rugi lah kalau tak ambik gambar betol tak?


Ni gambar Daddy dan Mummy masa check in untuk flight MH002. Sempat jugak Adam interframe kat sini hehe. Flight kami depart pukul 1140 malam, sampai Heathrow besuk subuh around 0600 pagi. So adalah lebih kurang 12 jam kami kat dalam kapal terbang Boeing 747 Malaysia Airlines. Argh! Pening pala duduk lama-lama dalam kapal terbang. Bukannya luas pun nak meronda. Stewardess kali ni pun tak cun la. Hihihi! Eh, ni Daddy yang cakap. Bukan Adam tau!


Gambar rombongan yang hadir untuk hantar kami ke airport. Ni family belah Mummy. Abahtuk dan Maktuk semua tak dapat hadir. Tapi diorang sempat call untuk wish kami semua selamat pergi dan balik. Meh Adam cerita sapa ada dalam gambar. Dari kiri, Mak Jang dengan sepupu Adam, nama dia Muhammad Al-Fateh. Pas tu TokWan, Tok Ki, Mummy, Adam sendiri dan Mak Lang. Mana Daddy ek? Owh lupa laks. Daddy yang jadi tukang ambik gambar haritu haha!


Masa naik kapal terbang, flight full sangat. Kena pulak Daddy dan Mummy dapat seat number lain-lain pulak tu. Tapi berkat nilai Malaysian Hospitality dari stewardess MAS dan penumpang omputeh yang sudi tukar tempat duduk dengan kami, alhamdulillah kami sekeluarga dapat duduk dekat seat yang ada access kepada baby bassinet. Adam apa lagi, tak buang masa terus terjelopok tido kat dalam bassinet tu. Maklumlah, dah midnight waktu Malaysia masa tu.

Adam tidur lama jugaklah. Adalah dalam empat lima jam. Tapi rasa rugi pulak tido lama-lama, Adam pun bangun kaco Daddy haha! Kesian Daddy dan Mummy kena layan Adam main masa tu. Daddy kata, ni lah first time Daddy tak sempat tengok satu movie pun dalam flight ke London (LHR). Asyik nak layan Adam main jer. Omputeh duduk keliling kami pun asyik tegur je Adam, main cak-cak. Mummy yang nak tido pun terpaksalah layan orang puteh tu dok tanya macam-macam pasal Adam. Cakap Adam good boylah, takde nanges pun, suka gelak kat orang, big pretty brown eyes etc. Oopss! Ini bukan ayat masuk bakul angkat sendiri yep! Semua tu passenger lain campur stewardess yang cakap. Hehehe, jangan jeles! Tapi Adam sukalah duduk dalam baby bassinet tu. Cukup cosy and snuggly. Hehe! Cuba tengok gambar Adam ni suka tak suka dalam bassinet.


Ni gambar Mummy dan Daddy dalam kapal. Muka masing-masing sembab sebab tak cukup tido. Kena pulak hidung masing-masing hidung second hand punya. Asyik nak bersin je memanjang. Aircond sejuk beno! Dah pulas eyeball louvre tu pun rasa jugak kesejukan menusuk tulang sum-sum. Maklumlah, dua-dua orang kampung, mana tahan sejuk-sejuk. Ni pergi ke UK pun taim summer, bajet panaslah. Rupernyer sejuk jugak. Daddy kata nyesal tak habis tak bawak baju sejuk. Hidung asyik sumbat jer. Eh, Adam baru perasan, omputeh kat belakang tu pun nak interframe jugak. Hihihihi!


Akhirnya sampai jugak kami kat Heathrow Airport kul 0600 pagi, 9 July 2010. Nama je pukul enam pagi, tapi dah terang benderang cam dah tengah hari. Kelako gile rasanya. Korang bayangkan subuh masuk kul 2 pagi??!! Uish memang panjang masa siang. Maghrib pun masuk around pukul 9 malam. Kalau bulan puasa jatuh pada musim summer, mau pengsan nak puasa lama-lama. Hahaha! Gambar amik kat airport tak banyak. Kami dah kena sound dengan airport security jangan lepak lama-lama dengan aerobridge.


Okaylah, bersambung lagi cerita dengan entri lain. Nak tido dah. Babai, korang baca la entri ni besuk pagi.

Gudnite!!!

5 comments:

  1. hahah gile comel gambar adam tido. sakannnnn

    ReplyDelete
  2. adam tdo je ke? tak tgk awan??

    selamat balik dah. ALhamdulillah!

    nanti cerita2 lagi ok kat sana cam ne!

    ReplyDelete
  3. hi.. rindunya kat adam.. ingat tak ingat blk mesia.. makin putih gebu lah adam dok sana lama..
    x sabar nak tggu gmbr adam jalan2..
    adam tido dlm bassinet tu sungguh cumel..

    ReplyDelete
  4. waaa...welcome back!!! happy adam yea...upload pic byk2 ok... :o)

    ReplyDelete
  5. adam pegi mana????? watpe smpai sanggup dok 12 jam dlm flight???? tp, yg bagusnya..hepiii jer manjang ek?? hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair