Entri tanpa gambar: Cerita Daddy di pagi raya 2010

Assalamualaikum semua!!

Entri pendek kali ni. Adam nak cerita pasal Daddy di pagi raya.

Pagi tu kan, pagi raya. Abahtuk pagi-pagi lagi dah pergi ke masjid, takbir raya pastu nak semayang raya. Daddy pulak Adam tengok masih lagi pakai towel sambil kunyah-kunyah lemang dengan rendang ayam Maktuk masak. Jam pukul 8.30 pagi. Adam tanya kat Daddy, Daddy tanak pegi semayang raya ke, Daddy? 

Daddy: relaks ler... semayang raya lambat lagi setat. abes bekfast Daddy pegi la *nyam nyam!*

Tiba-tiba sayup-sayup dengar orang dah setat semayang raya. *rumah Abahtuk dekat je dengan masjid* Daddy cepat-cepat pergi siap pakai baju Melayu satu set kaler merah Gong Xi Fa Cai yang Mummy beli. Mulut pun ada lagi lemang tengah kunyah. Habis pakai baju, start kereta, Daddy drive pergi masjid.

Adam dengan Mummy tengok cerita raya kat TV. Tak sampai 5 minit, tengok Daddy dah balik rumah. Aiks? Cepatnya semayang raya? Mana Abahtuk?

Daddy: nak semayang amendenye... sampai tempat parking dah bunyi "Assalamualaikum warah matullah..." patah balik rumah la jawabnya. :p

Begitula cerita Daddy yang tak dapat semayang raya tahun ni. Korang semua sila amik pengajaran dari cerita ringkas ni. Sekian, dari Adam. Daaa~

6 comments:

  1. merah??? mana gmbr merah?? kita tgk sape lagik merah.. aii like merah...

    ngko dekat pun nak naik keta kan.. tu la, seronok sgt makan lemang..

    ReplyDelete
  2. Salam.
    I pun penah juga terlepas solat raya.
    sebok nak pegi masjid cantik2 dah sampai, memang org bagi salam..
    tapi ni cerita time bujang dulu la...

    ReplyDelete
  3. Sebelum solat, elok dan dapat pahala klu isi perut dulu. Takpe, raya haji jgn terlepas lagi..setaun sekali tuuu

    ReplyDelete
  4. raya haji nanti kena gerak awal lah untuk gi semayang raya

    ReplyDelete
  5. salam,
    mengunjungi rakan2 blog;)
    slm perkenalan,
    blog apisv2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Cerita Adam, Daddy dan Mummy © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair